Anda di sini

Harga saham SP Setia meningkat susulan pemerolehan kepentingan tanah, I&P Group’s

Advertisement

KUALA LUMPUR: Harga saham SP Setia Bhd di Bursa Malaysia diniagakan tinggi pagi ini, meningkat 17 sen kepada RM3.72, susulan pengambilalihan tanah di Bangi serta pemeteraian memorandum hasrat untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam I&P Group Sdn Bhd.

Sejumlah 1.13 juta saham didagangkan sehingga jam 9.39 pagi.

Kenanga Research berkata, pengambilalihan kepentingan ekuiti akan meningkatkan saiz bank tanah SP Setia sebanyak 82 peratus kepada 3,836.83 hektar, selain anggaran nilai pembangunan (GDV) antara 59 peratus dan 65 peratus kepada RM121 bilion dan RM126 bilion.

Firma penyelidikan itu menganggarkan I&P mampu meningkatkan pendapatan dan jualan SP Setia sebanyak antara 20 peratus dan 30 peratus memandangkan kebanyakan bank tanah mereka terletak di kawasan permintaan tinggi.

Secara keseluruhannya, kami positif ke atas laluan pertumbuhan dan menjangkakan saham akan bertindak balas positif.

Kami juga berharap ini akan menjadi ruang untuk meningkatkan kecairan syarikat,” katanya dalam nota kajian semalam.

Kenanga Research mengulangi penarafan ‘berprestasi tingginya’ ke atas SP Setia dengan harga sasaran yang lebih tinggi kepada RM3.85 sesaham.

Sebuah lagi firma penyelidikan, Public Investment Bank berkata, ia positif terhadap penawaran berkenaan memandangkan ini akan dapat mengesan dengan cepat pelan peluasan bank tanah SP Setia selain berpotensi meningkatkan permodalan pasarannya untuk dimasukkan sebagai salah satu saham komponen FBM KLCI.

Dengan kos pengambilalihan yang dicadangkan untuk I&P hanya 9 hingga 10 peratus daripada anggaran GVD, kami yakin tawaran itu mempunyai nilai positif.

Selain itu, kami percaya SP Setia juga boleh meraih harga jualan lebih tinggi disebabkan oleh ekuiti jenama yang kukuh,” katanya.

Public Investment Bank menganggarkan keutnungan pembangunan daripada bank tanah I&P bernilai antara RM3.8 bilion dan RM4.7 bilion atau lebihan keuntungan pembangunan antara RM300 juta dan RM1 bilion.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘berprestasi tinggi’ dengan harga sasaran yang lebih tinggi sebanyak RM4.15 sesaham berbanding RM3.70 sebelum ini. — Bernama

Advertisement