Anda di sini

Erdogan teruja rakyat Turki pilih ‘Ya’

Advertisement

Pembangkang merancang untuk mencabar keputusan referendum yang tipis

 Erdogan dan isterinya Emine meraikan kejayaan referendum bersama para penyokong di Istanbul, lewat kelmarin. — Gambar Reuters
MENANG: Erdogan dan isterinya Emine meraikan kejayaan referendum bersama para penyokong di Istanbul, lewat kelmarin. — Gambar Reuters

ANKARA/ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan kemenangan dalam referendum kelmarin yang memberikannya kuasa sepenuhnya dalam rombakan terbesar dalam politik moden Turki, namun pihak lawan menyatakan tinjauan pendapat itu dicemari penyelewengan dan mereka akan mencabar keputusannya.

Bahagian tenggara Turki yang mempunyai kebanyakan penduduk Kurdish dan  tiga bandar utamanya, termasuk  ibu negara Ankara dan bandar paling besar  Istanbul,  telah bersedia untuk mengundi “Tidak” selepas satu kempen sengit dan berpecah belah.

Erdogan menyatakan 25 juta orang telah menyokong cadangan tersebut, yang akan menggantikan sistem parlimen di Turki dengan satu pemerintahan presiden yang berkuasa sepenuhnya serta menghapuskan jawatan perdana menteri, memberikan kem “Yes”  undian sebanyak 51.5 peratus.

Itu kelihatan  pendek bagi kemenangan muktamad di mana beliau dan pihak pemerintah Parti AK telah berkempen secara agresif. Bagaimanapun, ribuan orang penyokong yang melambaikan  bendera berkumpul di Ankara dan Istanbul  dalam suasana sambutan.

Buat pertama kali dalam sejarah Republik, kami telah mengubah sistem pemerintahan kami melalui politik sivil,” menurut Erdogan, merujuk kepada rampasan kuasa tentera yang telah membelenggu politik Turki beberapa dekad.

Disebabkan itulah ia amat ketara.”

Di bawah perubahan, kebanyakannya akan hanya berkuatkuasa selepas pilihan raya akan datang dijangka pada 2019, presiden  akan melantik  kabinet dan seorang timbalan presiden yang digariskan,  dan mampu untuk memilih dan memecat kakitangan kanan sivil tanpa kelulusan parlimen.

Namun ketua  pembangkang utama Parti Republik Rakyat (CHP), Kemal Kilicdaroglu, menyatakan kesahihan referendum telah  terbuka bagi persoalan.

Parti tersebut pada mulanya menyatakan ia akan menuntut satu penghitungan semula sehingga 60 peratus dari undi selepas Lembaga Tinggi Pilihan Raya (YSK) di Turki mengumumkan ia akan mengira undi yang tidak ditanda oleh pegawainya sebagai sah kecuali ia boleh dibuktikan sebagai penipuan.

Kilicdaroglu  menuduh Erdogan membentuk rejim seorang pemimpin dan menyatakan  perubahan yang dicadangkan akan meletakkan negara dalam bahaya.

Di beberapa kejiranan yang berpengaruh di  Istanbul,  penduduk telah berkumpul di jalan raya dalam bantahan ketika mereka yang lain mengetuk periuk dan kuali  di rumah, satu petanda bagi bantahan yang telah tersebar semasa bantahan anti-Erdogan pada 2013.

Di kejiranan Besiktas di  Istanbul, lebih dari 300 orang penunjuk perasaan telah menghalang jalan raya di sebatang jalan raya utama, seorang jurukamera Reuters  di tempat kejadian berkata.

Di Ankara, pergaduhan di antara Parti AK  dan penyokong pembangkang meletus berhampiran ibu pejabat CHP.

Cadangan bagi reformasi mempertikaikan bahawa ia akan menamatkan ‘sistem dua ketua’ semasa di mana kedua-dua presiden dan Parlimen telah dipilih secara langsung, satu situasi yang mereka pertikaikan akan membawa kepada kebuntuan.

Sehingga 2014, presiden dipilih oleh Parlimen.

Kerajaan menyatakan Turki, yang berdepan dengan konflik hingga ke selatan di Syria dan Iraq, serta ancaman keselamatan daripada kumpulan militan  Islamic State (IS) dan PKK, memerlukan kepimpinan yang kuat dan jelas.

Pakej 18 pindaan akan memberikan  presiden kuasa sepenuhnya bagi merangka bajet, mengumumkan perintah darurat dan mengemukakan dikri yang melibatkan kementerian tanpa memerlukan kelulusan Parlimen. — Reuters

Advertisement