Anda di sini

16 finalis rebut gelaran Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak

Advertisement
__alt__

KUCHING: Seramai 16 orang finalis dari seluruh Sarawak telah dipilih untuk mewakili bahagian masing-masing bagi merebut gelaran Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak 2017.

Menurut Pengarah Program yang juga Pengerusi Penganjur, Gebriel Padan ia juga merupakan acara bagi memperkenalkan mahkota rasmi  bagi pemenang-pemenang pertandingan tersebut.

Kuching katanya telah dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi pertama Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak 2017 yang akan diadakan pada 20 Mei bertempat di Penview Convention Centre (PCC) Kuching.

Kesemua finalis Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak 2017 akan mengikuti aktiviti Pageant Week selama 10 hari dengan pelbagai latihan yang telah dirangka serta lawatan untuk aktiviti-aktiviti kebajikan.

kecantikan  anak-anak gadis di Borneo terutamanya di Sarawak sememangnya telah diiktiraf dunia dan tersenarai dalam Top 10 gadis-gadis tercantik di dunia.

Bersesuaian dengan misi pertandingan ini adalah untuk mengetengahkan kecantikan  gadis-gadis Sarawak ke pentas dunia.

Pemenang untuk Miss Grand Malaysia- State Of Sarawak 2017 akan mewakili Sarawak ke pertandingan akhir Miss Grand Malaysia 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya.

Pemenang Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak akan membawa pulang hadiah barang kemas bernilai RM30,000 tajaan Ceres Jewelry Malaysia, Aesthetic Service and Product bernilai RM5000 tajaan Borneo Medispa  and Academie Scientifique de Beaute, Paris, wang tunai RM3000, trofi, mahkota, selempang, bunga dan juga beberapa hadiah daripada pihak penaja.

Tempat kedua Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, trofi, mahkota, selempang, bunga dan juga beberapa hadiah daripada pihak penaja.

Sementara di tempat ketiga Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, trofi, mahkota, selempang, bunga dan juga beberapa hadiah daripada pihak penaja.

Bagi tempat keempat Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak akan membawa pulang hadiah wang tunai RM800, trofi, mahkota, selempang, bunga dan juga beberapa hadiah daripada pihak penaja manakala tempat kelima Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi, mahkota, selempang, bunga dan juga beberapa hadiah daripada pihak penaja.

Miss Grand Sarawak merupakan pertandingan ratu cantik di bawah naungan Miss Grand International – Malaysia.

Tambahnya lagi, Miss Grand International merupakan pertandingan ratu cantik kelima terbesar di dunia selepas Miss Universe, Miss World, Miss International dan Miss Earth.

Pihaknya mahu wanita di negeri ini yang menyertai pertandingan itu berupaya untuk memperkasakan wanita, membina jati diri dan memberi inspirasi kepada generasi muda yang akan datang.

Miss Grand Sarawak juga mahu melahirkan wanita cemerlang yang tidak takut untuk menjadi diri mereka sendiri agar dapat pergi jauh, berdiri teguh dan mempunyai keperibadian yang utuh.

Pendek kata, Miss Grand Sarawak, bukan sahaja tentang kecantikan, bijak dan berbakat, tetapi kita mahu seorang ratu cantik yang dapat menjadi jurucakap untuk kaum mereka sendiri.

Menurut Gebriel lagi, pengisian untuk Malam Gala Miss Grand Malaysia – State Of Sarawak menjanjikan sesuatu kelainan.

Pelbagai persembahan daripada artis-artis tempatan, persembahan tarian dan muzik.

Pertunjukan barang kemas daripada Ceres Jewelry Malaysia serta pertunjukkan rekaan fesyen daripada pereka-pereka tempatan dan antarabangsa.

Para penonton yang hadir akan disediakan hadiah lumayan iaitu barang kemas bernilai RM30,000 sebagai cabutan tiket bertuah.

Pada malam tersebut juga akan diselitkan dengan segmen kebajikan di mana Badan Amal Adenan Satem akan ditubuhkan dan dirasmikan.

Penubuhan Badan Amal Adenan Satem bertujuan untuk membantu Persatuan-Persatuan, Badan-Badan Amal dan NGO-NGO yang bergiat aktif dalam melakukan kerja amal.

Penubuhan badan amal tersebut dicetuskan oleh beliau yang akan bertindak sebagai Pengerusi Badan Amal tersebut sementara Datuk Patinggi Puan Sri Dato’ Amar Jamilah Anu pula dilantik sebagai Penaung.

Separuh daripada hasil jualan tiket Malam Gala Miss Grand Sarawak 2017 akan disalurkan ke Tabung Amal Adenan Satem.

Isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi dijangka turut hadir ke malam gala tersebut.

__alt__
__alt__
  • oleh
  • Advertisement