Anda di sini

12 cedera disimbah asid di London

Advertisement

LONDON: Seramai 12 orang cedera apabila bahan mengakis disimbah ke dalam sebuah kelab malam yang penuh sesak di London semalam, menurut pihak polis dan perkhidmatan bomba, tatkala serangan asid di ibu negara Britain itu menyaksikan peningkatan mendadak.

Jurucakap Briged Bomba London berkata, bahan mengakis tidak diketahui disimbah di Mangle, sebuah kelab di timur London, pada awal pagi semalam.

Ia dikenal pasti sebagai bahan berasid setelah diuji, menurut beliau sambil menambah kata, ketika kejadian terdapat kira-kira 600 orang di lokasi.

Seramai 12 orang menun-jukkan petanda dan simptom terkena bahan mengakis telah dirawat di tempat kejadian oleh kakitangan ambulans dan briged bomba sebelum dikejarkan ke hospital,” ujarnya lanjut.

Polis berkata, semua kecederaan tidak mengancam nyawa dan insiden dipercayai tiada kaitan ekstremis.

Polis dipanggil ke tempat kejadian sekitar 0010 GMT selepas orang awam mengadu mengenai bahan berbau kuat, menurut kenyataan polis.

Jalan-jalan di sekeliling kelab tersebut telah ditutup kepada trafik ketika siasatan diteruskan. Setakat ini belum ada penahanan dibuat.

Terdapat lebih 1,800 laporan serangan membabitkan cecair mengakis di London sejak 2010, menurut data polis yang dipetik BBC bulan lepas.

Pada tahun lepas, cecair mengakis digunakan dalam 454 kes jenayah, berbanding 261 pada 2015.

Pakar mencadangkan penjenayah mungkin beralih kepada asid untuk mengu-rangkan risiko hukuman.

Dalam serangan asid di utara London awal bulan ini, seorang bapa berusia 40 tahun, seorang ibu berusia 36 tahun dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun cedera.

Ibu dan anak kemudian dibenarkan keluar dari hospital, tetapi si bapa mengalami kecederaan yang mengubah kehidupannya, kata polis. — AFP

Advertisement