Anda di sini

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 kini kembali

Advertisement
 Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions Harry Brouwer menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.
CABARAN BERMULA: Timbalan Pengarah Eksekutif Unilever Food Solutions Harry Brouwer menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.

Pelawa individu berbakat tunjukkan kemahiran memasak hidangan berkuah Melayu yang digemari ramai

KUALA LUMPUR: Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 mempelawa individu berbakat menunjukkan kemahiran memasak hidangan berkuah Melayu yang digemari rakyat Malaysia.

 Sejak diperkenalkan tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions (UFS) ini mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh negara.

 Fokus cabaran ini adalah kepada hidangan berkuah terutama kari, hidangan bersama kicap, kunyit dan rempah lain.

 Ketua Negara UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata, pihaknya menghargai gaya masakan terkini yang gemar menggunakan Serbuk Ayam Knorr sebagai pelengkap hidangan untuk menambah perisa sekali gus menyediakan hidangan yang lazat.

 “Bermula pada tahun lalu, kami bawakan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 untuk melihat kreativiti orang ramai dalam menghasilkan juadah lazat dengan rasa Knorr dalam satu cabaran khas yang melibatkan pertandingan memasak di Semenanjung Malaysia.

 “Untuk tahun ini kami meluaskan pertandingan tersebut ke Sabah dan Sarawak untuk mencari pemenang yang mampu menghasilkan hidangan Melayu terbaik di seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 di Kuala Lumpur barubaru ini.

 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Eksekutif UFS Harry Brouwer dan para pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr bagi tahun 2016.

 Menurut Harry, UFS mahu terus mendampingi pelanggannya pada masa depan dengan sasaran 800 juta pengguna setiap tahun.

 “Kami berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan.

 Untuk itu, kami beri tumpuan terhadap empat fokus utama iaitu memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan,” “Makanan hebat seharusnya melangkaui sempadan geografi dan perbezaan budaya.

 Ia berikutan makanan mempunyai kuasa penyatuan budaya, sebagaimana di Malaysia,” katanya.

 Antara hadiah yang menanti tempat pertama adalah pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai RM15,000 dan hamper.

 Naib johan pula berpeluang menerima tunai RM10,000 dan hamper, pemenang ketiga ditawarkan wang tunai RM6,000 dan hamper, manakala sagu hati pula bakal membawa pulang wang tunai RM500 bersama hamper.

 Bagi yang berminat, anda hanya perlu menghantar tiga jenis resipi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr.

 Seramai 20 peserta akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir di Lembah Klang.

Advertisement