Anda di sini

Bom sasar bas pelarian Syria, ratusan maut

Advertisement
 Penduduk yang dipindahkan dari dua bandar Kafraya dan Fuaa berhimpun berdekatan bas-bas yang ditangguhkan perjalanannya di Rashidin, wilayah Aleppo kelmarin manakala gambar kanan menunjukkan asap hitam berkepul susulan serangan bom van menyasari bas-bas itu. — Gambar Reuters/AFP
MALANG: Penduduk yang dipindahkan dari dua bandar Kafraya dan Fuaa berhimpun berdekatan bas-bas yang ditangguhkan perjalanannya di Rashidin, wilayah Aleppo kelmarin manakala gambar kanan menunjukkan asap hitam berkepul susulan serangan bom van menyasari bas-bas itu. — Gambar Reuters/AFP

Perjalanan tertangguh, penduduk dari Kafraya dan Fuaa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga

BEIRUT: Angka kematian susulan serangan bom kereta menyasari konvoi bas penduduk yang dipindahkan dari dua bandar terkepung menc e c ah s e kur ang - kurangnya 112, menurut k ump u l a n p ema n t a u semalam.

 Syrian Observatory for Human Rights berkata, 98 penduduk yang dipindahkan dari bandar utara Fuaa dan Kafraya maut apabila sebuah kenderaan sarat bom melanggar bas mereka di satu lokasi transit barat Aleppo kelmarin ketika mereka menunggu perjalanan diteruskan ke wilayah kawalan rejim Aleppo, wilayah pantai Latakia atau Damsyik.

 “Pengebom nekad itu memandu s ebuah va n yang kononnya membawa bekalan bantuan sebelum meletup berhampiran basbas berkenaan,” menurut Observatory.

 Mangsa selebihnya ialah pekerja bantuan dan pemberontak yang ditugas mengawal keselamatan, menurut Observatory sambil menambah, ratusan lagi cedera dalam letupan itu.

 Puluhan bas membawa ribuan pelarian terkandas di tepi jalan di bandar pemberontak Rashidi n selepas meninggalkan Fuaa dan Kafraya pada Jumaat lalu di bawah perjanjian antara kerajaan dan pembangkang.

 Fuaa dan Kafraya sudah dua tahun dikepung pemberontak dan perjanjian itu membenarkan ratusan penduduk termasuk pemberontak bersenjata dipindahkan keluar dari Madaya dan Zabadani, bandar dekat Damsyik, yang dikepung militia prokerajaan.

 Kerajaan menyalahkan serangan kelmarin sebagai didalangi teroris, terma menye luruhnya untuk kumpulan pembangkang.

 Kumpulan pemberontak berpengaruh Ahrar al-Sham menafikan penglibatan, di mana seorang pegawai kanan menyatakan peranan mereka adalah untuk menjaga keselamatan orang awam, b u k a n n y a memb u n u h mereka.

 Observatory mendakwa selepas pengeboman itu proses pemindahan disambung semula tetapi setakat semalam, tiada konvoi dilihat memulakan semula perjalanan mereka.

 Beribu-ribu pelar ian masih terkandas gara-gara pertikaian mengenai jumlah pemberontak yang dibenarkan meninggalkan dua bandar lain yang dilibatkan dalam perjanjian itu.

 Perjanjian melibatkan pemindahan yang disasari kelmarin telah terjejas dengan penangguhan, dan 5,000 penduduk Fuaa dan Kafraya sudah menunggu lebih sehari di Rashidin sebelum bom tersebut meletup, menurut koresponden tempatan.

 Kira-kira 2,220 pelarian dari Madaya dan Zabadani juga disekat di lokasi transit di wilayah kerajaan, menurut salah seorang daripada mereka yang dihubungi.

 “Alangkah dahsyatnya dipindahkan seperti ini, pergi dan tinggal di tempat yang bukan milik kami,” kata Jama Nayef, doktor haiwan dari Fuaa.

 — AFP

Advertisement