Anda di sini

Anugerah DFKL catat 5.4 juta penonton, ‘7 Hari’ menang besar

Advertisement
 Drama Akasia ‘7 Hari Mencintaiku’ terbitan Pena Creative mencatat kemenangan besar di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) baru-baru ini.
MENANG BESAR: Drama Akasia ‘7 Hari Mencintaiku’ terbitan Pena Creative mencatat kemenangan besar di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) baru-baru ini.

DRAMA bersiri popular slot Akasia iaitu ‘7 Hari Mencintaiku’ terbitan Pena Creative mencatat kemenangan besar di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) yang turut disiarkan secara langsung di TV3 baru-baru ini.

 Drama itu membawa pulang enam anugerah iaitu Drama Pilihan, Pengarah Pilihan (Jamal Khan), Aktor Pilihan (Shukri Yahaya), Skrip Pilihan (PGRs Team), Pasangan Pilihan (Shukri Yahaya & Siti Saleha) dan Lagu Tema Pilihan (‘Lelaki Teragung’ nyanyian Dayang Nurfaizah).

 Anugerah DFKL 2017 juga meraikan Mira Filzah (‘Cinta Si Wedding Planner’) sebagai Aktres Pilihan, Izzue Islam (‘Patahnya Sebelah Sayap’) sebagai Antagonis Pilihan, drama bersiri ‘Meh Sandar Pada Aku’ memenangi kategori Drama Pilihan tonton VIP dan ‘Terima Kasih Ex’ terbitan Kool FM meraih anugerah Drama Pilihan Radio Pilihan.

 Lebih mengujakan, malam Anugerah DFKL 2017 yang bertemakan ‘Cerita Kita’ telah mencecah 5.4 juta penonton sewaktu siaran langsung di TV3 bermula dari jam 9.00 malam hingga 11.20 malam (sumber: Nielsen Malaysia).

 Bukan sahaja di kaca televisyen, Anugerah DFKL 2017 ini juga ditonton secara strim langsung eksklusif (HD) di portal dan aplikasi penstriman video nombor 1 di Malaysia, tonton.com.

 my oleh 13,000 penonton manakala 1,857 penonton di youtube TV3MALAYSIA Offi cia sewaktu bersiaran.

 Statistik penggunaan laman sosial dengan #CeritaKita dan #DFKL2017 bermula dari 1 November 2016 hingga tamat program malam anugerah tersebut mencatat lebih 75,000 malahan #DFKL2017 menjadi trending nombor 1 di Malaysia.

 Menurut Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, “Tahniah kepada barisan pemenang DFKL 2017 yang terpilih atas undian penonton TV3 dan TV9 yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada program kami.

 Malam Anugerah DFKL 2017 yang berlangsung barubaru ini telah berlangsung dengan meriahnya dan berjaya mencecah 5.4 juta penonton! Kejayaan ini juga tidak mungkin berlaku tanpa adanya sokongan padu daripada para penggiat seni dan penonton yang sentiasa menyokong industri seni tanah air.

” Secara keseluruhan, Anugerah DFKL 2017 mempertandingkan 11 kategori di mana sembilan anugerah ditentukan oleh undian penonton di laman web rasmi DFKL 2017 (Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Drama Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Antagonis Pilihan, Pasangan Pilihan, Lagu Pilihan & Drama Pilihan tonton VIP) manakala Drama Pendek Pilihan dan Drama Radio Pilihan merupakan pilihan panel juri.

 Drama Pendek Pilihan telah membuka penyertaan kepada orang awam untuk berkongsi idea kreatif dalam melahirkan sebuah drama pendek.

 Drama pendek bertajuk ‘Kongsi Kalau Malu’ oleh Mohammed Syafi e Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul dan Ridhwan Uvaise telah mengetepikan lebih 100 penyertaan dan muncul sebagai pemenang.

 Selain trofi , pemenang turut membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM10,000.

 Anugerah DFKL 2017 turut meraikan tujuh Bintang DFKL 2017 yang dicungkil menerusi Pencarian Bakat Baharu.

 Mereka bakal berlakon dan mewarnai drama-drama yang akan datang di TV3 & TV9.

 Bintang DFKL 2017 adalah seperti berikut:

1. Puteri Natasha Abdull Raman (Shasha Raman, 21 tahun) – ‘Kelip-Kelip Kota London’

2. Mohamad Hafi zudin Mohd Ruslan (Hafi z Nolan, 26 tahun) – ‘Lelaki Itu Pemilik Hatiku’

3. Raja Aidzal Hakim R. Razali (Raja Hakim, 25 tahun) – ‘Dekatkan Jarak Kita’

4. Amalina Smith (Nina Smith, 18 tahun) – ‘Vila Ghazara’

5. Mohamad Shahaadan Che Seman (Adam Shadan, 26 tahun) – ‘Muzium Hantu’

6. Ahmad Hasanussaufi Ramli (Saufi Ramli, 22 tahun) – ‘Cinta Hati Batu’

7. Nur Qamariena Diana Zulreal (Riena Diana, 20 tahun) – ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’ Anugerah DFKL 2017 ditaja oleh Nescafe dan dihoskan oleh pelakon popular Rita Rudaini, Sherry Al Hadad dan AG.

 Para penonton telah dihiburkan dengan persembahan pembukaan yang berkonsepkan ‘lip sync battle’ oleh Azira Shafi naz, Mawar Rashid, Jaja Iliyes DFKL, Mimi Lana, Syafi q Kyle, Syazuwan Hassan DFKL, Hafi dz Roshdi dan Izzue Islam.

 Tidak ketinggalan juga persembahan nyanyian oleh Salma Mentor, Elyana, Sissy Imann, Aiman Tino, Haqiem Rusli dan Dayang Nurfaizah.

 Sketsa drama kelolaan Eirma Fatima pada malam itu telah menampilkan Saiful Apek, Mark Adam, Johan As’ari, Nora Danish dan Buntat mengisahkan tentang pelbagai karenah di set penggambaran drama mencuit hati penonton.

 Malahan, sketsa tersebut juga diserikan dengan lakonan oleh para penyampai anugerah DFKL 2017 iaitu Irwansyah & Janna Nick, Ahmad Idham & Haliza Misbun, Zamarul Hisham & Aliff Aziz, Redza Rosli & Ayda Jebat , Azrel Ismail & Nina Iskandar serta Gambit Saifullah & Elvina Mohamad.

 Anugerah DFKL diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhammad Sufi an Che Isa dan Tengku Sahilawati Tengku Jehori serta dibantu oleh Penerbit, Hamsiah Biri.

 Anugerah ini turut disokong oleh Media Kita seperti Hot FM dan Kool FM, Harian Metro, Berita Harian, New Straits Times dan portal video nombor 1 Malaysia, tonton.

 Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysia dan TV9 Malaysia untuk maklumat terkini.

Advertisement