Anda di sini

YHL Comfort Furniture lancar tilam Royal Blue SweetDream

Advertisement
 Tilam Royal Blue SweetDream yang dipamerkan di YHL Comfort Furniture Sdn Bhd, Jalan Ling Kai Cheng di Sibu.
TAWARAN MENARIK: Tilam Royal Blue SweetDream yang dipamerkan di YHL Comfort Furniture Sdn Bhd, Jalan Ling Kai Cheng di Sibu.

SIBU: Salah sebuah syarikat perabot terkenal di sini, YHL Comfort Furniture Sdn Bhd di Jalan Ling Kai Cheng semalam melancarkan jenama tilam Royal Blue SweetDream dengan diskaun sehingga 50 peratus dari 14 hingga 16 April. 

Royal Blue SweetDream adalah satu jenama perintis terkenal di Malaysia dan merupakan antara jalan penyelesaian terbaik kepada mereka yang mengalami masalah tidur. 

Dianggarkan, satu per tiga masa kita dihabiskan di atas tempat tidur, jadi adalah suatu yang rasional untuk memiliki tilam yang sangat berkualiti dan selesa. 

Semasa tidur, tubuh badan manusia akan berada sangat rapat dengan tilam, secara tidak langsung pernafasan kita mudah dicemari dengan debu, hama atau alergi dari tilam yang boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. 

Oleh itu, SweetDream begitu komited kepada kualiti tilam dan inovasi teknologi tempat tidur. Membina makmal Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) berjuta ringgit hanyalah langkah Permulaan. 

Ini merupakan pelaburan sub-stantial dalam teknologi hijau dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada usaha menjaga persekitaran yang baik. 

Mengikut terma dan syarat standard ‘voluntary European dan US’, teknologi getah VPF SweetDream adalah 100 peratus bebas MC dan mematuhi kehendak Standard Keselamatan Antarabangsa. 

VPF (Variable pressure foaming) adalah sebuah teknologi hebat kerana ia menyumbang kepada persekitaran kerja yang selamat dan menjadikan dunia lebih bersih dan hijau. 

Teknologi getah VPF telah terbukti mempunyai prestasi yang serasi dengan susu getah (latex). 

Kelebihan teknologi getah VPF adalah lebih konsisten dari segi kualiti, ancaman kelembapan, tiada bahan kimia berbahaya, antibakteria, terbukti degan sifat-sifat fizikal yang unggul, tahan lama, aliran udara yang baik dan lain-lain lagi. 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan jenama tilam Royal Blue Sweet-Dream boleh berkunjung ke ruang pameran di YHL Comfort Furniture Sdn Bhd di Jalan Ling Kai Cheng atau boleh menghubungi talian 084-335560 atau 084-335561 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut. 

  • oleh
  • Advertisement