Anda di sini

AS gugur bom terbesar di Afghanistan

Advertisement

 Imej video tahun 2003 serahan Pasukan Tentera Udara AS (USAF) menunjukkan prototaip bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast (dalam bulatan) beberapa saat sebelum ia meletup menjadi awan cendawan di tapak ujian di Pangkalan Tentera Udara Eglin di Florida. — Gambar AFP
BOM TERBESAR: Imej video tahun 2003 serahan Pasukan Tentera Udara AS (USAF) menunjukkan prototaip bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast (dalam bulatan) beberapa saat sebelum ia meletup menjadi awan cendawan di tapak ujian di Pangkalan Tentera Udara Eglin di Florida. — Gambar AFP

JALALABAD: Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom terbesar-nya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 36 militan ketika ia memus-nahkan kompleks tero-wong kumpulan Negara Islam (IS), kata pegawai Afghanistan semalam, menafikan sebarang kematian di kalangan orang awam.

Bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast juga dikenali sebagai “Mother of All Bombs” seberat 21,000 paun itu yang pertama kali digunakan dalam pepera-ngan telah menyasari tempat persembunyian IS di daerah Achin di timur wilayah Nangarhar kelmarin.

Tindakan AS itu dilihat sebagai isyarat kepada Korea Utara bahawa negara komunis itu akan berdepan nasib sama jika terus bertindak melancarkan ujian nuklear, kata seorang pakar AS, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap semalam.

Serangan bom berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Semenanjung Korea susulan kebimbangan Korea Utara akan meneruskan ujian nuklear keenam hujung minggu ini sebagai meraikan ulang tahun mendiang pengasas Korea Utara yang juga merupakan datuk kepada pemimpin Kim Jong-un.

“Mereka belum pernah menggunakan senjata itu sebelum ini. Mereka guna-kannya untuk menyerang terowong bawah tanah di Afghanistan,” kata pakar keselamatan di Asia Timur Gordon Chang kepada wartawan CNN.

Tambahnya, sasaran bom kemungkinan termasuk te-rowong di Korea Utara yang mana dikatakan menempatkan sebahagian besar tentera Korea Utara.

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyifatkan misi di Afghanistan itu sebagai berjaya.

Ditanya sama ada penggunaan bom secara besar-besaran sebagai isyarat kepada Korea Utara, Trump berkata, “Saya tidak tahu jika ia dianggap sebagai satu isyarat. Benar atau tidak ia tidak membawa apa-apa perbezaan. Korea Utara merupakan satu masalah satu masalah yang akan diselesaikan”.

Sementara itu, pejabat presiden Afghanistan berkata langkah berjaga-jaga telah diambil bagi mengelakkan kematian orang awam.

Bom besar, yang dihantar melalui pesawat pengangkut MC-130, mempunyai kesan letupan yang bersamaan dengan 11 tan TNT, dan senjata itu direka pada asalnya untuk menghapuskan musuh hingga memusnahkan kawasan yang luas.

“Bom GBU-43/B merupakan bom bukan nuklear pa-ling besar pernah digunakan dalam peperangan,” kata jurucakap Pasukan Tentera Udara Kolonel Pat Ryder.

Gabenor Achin Esmail Shinwari berkata bom itu mendarat di kawasan Momand Dara di daerah Achin.

“Letupan adalah paling besar yang pernah saya lihat. Api yang naik tinggi menyelubu-ngi kawasan tersebut,” Shinwari memberitahu AFP.

“Kami tidak tahu apa-apa mengenai kematian setakat ini, namun memandangkan ia kubu kuat IS kami menjangkakan ramai pejuang IS mungkin terkorban.”

Satu sumber militan Afghanistan memberitahu AFP dari lokasi yang dirahsiakan bahawa penduduk tempatan menceritakan bagaimana ta-nah bergegar “seperti gempa bumi berlaku”, dengan ramai orang pengsan akibat letupan tersebut.

“Penduduk sudah mulai meninggalkan kawasan itu kerana bimbang lebih banyak pengeboman berlaku,” katanya.

Pengumuman Pentagon mengenai serangan menyebabkan kejatuhan dalam pasaran, dengan bursa saham Asia merudum selepas kerugian semalaman dalam Wall Street.

Ia menambahkan lagi kebimbangan di kalangan pelabur yang telah pun berhati-hati dengan risiko Syria dan Korea Utara, termasuk keputusan pilihan raya pre-siden Perancis.

Serangan itu berlaku hanya seminggu selepas Trump mengarahkan serangan misil ke atas Syria sebagai membalas serangan kimia yang disyaki.

Nangarhar, yang bersempadan dengan Pakistan, merupakan kawasan utama kegiatan militan IS. Pasukan tentera AS telah melakukan beberapa serangan udara ke atas pangkalan pejuang jihad di kawasan itu sejak Ogos tahun lepas.

IS, terkenal dengan tindakan ganasnya di Syria dan Iraq, telah melancarkan beberapa serangan di Afghanistan sejak beberapa tahun ini. Ia telah menarik anggota Taliban Pakistan dan Afghanistan yang tidak puas hati termasuk puak Islam Uzbek.

Namun kumpulan itu mulai kehilangan wilayah dalam berdepan dengan tekanan hebat daripada serangan udara AS dan serangan darat dike-tuai pasukan tentera Afgha-nistan. — AFP/Bernama

Advertisement