Anda di sini

Perbalahan nuklear AS-Korea Utara meruncing

Advertisement

Trump kerah ‘armada’ tentera laut ke semenanjung Korea, Jong-un selia operasi komando pasukan khas

 Jong-un (kanan) melambai kepada rakyat yang bersorak ketika upacara pembukaan kompleks perumahan yang baharu dibina di Pyongyang, Korea Utara semalam. — Gambar Reuters
LAMBAI: Jong-un (kanan) melambai kepada rakyat yang bersorak ketika upacara pembukaan kompleks perumahan yang baharu dibina di Pyongyang, Korea Utara semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un telah menyelia satu operasi komando pasukan khas, kata media kerajaan semalam, manakala ketegangan me-runcing dengan Washington berhubung program nuklear Pyongyang.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menghantar “armada” tentera laut ke semenanjung Korea untuk menunjukkan kekuatan, diiringi amaran bahawa Washington ber-sedia untuk menentang Korea Utara bersendirian jika perlu.

Sejak itu Korea Utara berkata ia bersedia untuk “peperangan” dengan AS, manakala spekulasi semakin meningkat bahawa ia mungkin akan menjalankan ujian nuklear atau misil untuk menandakan ulang tahun kelahiran pengasas Kim Il-sung ke-105 pada Sabtu ini.

Negara yang mengasingkan diri itu sudah lama mahu membuat misil jarak jauh yang berupaya sampai ke tanah besar AS dengan kepala peledak nuklear, dan setakat ini sudah melancarkan lima ujian atom, dua daripadanya pada tahun lepas.

Semalam, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) yang diurus oleh kerajaan Korea Utara berkata Kim melihat dari pos pemerhatian apabila pasukan khas turun dari pesawat pengangkutan ringan “seperti hujan batu” dan “tanpa belas kasihan meletupkan sasaran musuh”.

Dengan senyuman yang lebar pada wajahnya, Kim memuji anggota tenteranya di atas ketepatan mereka, dan berkata “peluru itu seakan-akan mempunyai mata tersendiri”, kata KCNA, tanpa menyebut bila operasi itu diadakan.

Pertandingan itu membuktikan sekali lagi bahawa Tentera Rakyat Korea akan menunjukkan rasa sebenar tembakan senjata dan rasa sebenar peperangan kepada penceroboh yang tidak peduli,” katanya.

China – sekutu penting tunggal Korea Utara – telah menggesa presiden AS untuk menggunakan pendekatan yang aman bagi meredakan ketegangan dengan Korea Utara.

Perbalahan itu meresahkan China, yang semakin hilang sabar dengan Pyongyang tetapi keutamaan mereka masih untuk mengelak ke-adaan yang tidak stabil di sempadannya.

Seoul dan Washington kini sedang menjalankan latihan ketenteraan bersama, satu acara tahunan yang dilihat oleh Korea Utara sebagai latihan bagi peperangan. — AFP

Advertisement