Anda di sini

Kereta api wap julung kali catat kelajuan 100 bsj di UK sejak 1968

Advertisement

LONDON: Sebuah kereta api wap mencatatkan kelajuan 100 batu sejam (bsj) rangkaian landasan kereta api laluan utama Britain buat pertama kali dalam tempoh hampir 50 tahun kelmarin.

Tornado, sebuah lokomotif wap A1 kelas Peppercorn, mencapai kelajuan mercu tanda itu dalam satu ujian bertujuan untuk membukti-kan ia dapat mengendalikan khidmat penumpang pada kelajuan 90 bsj.

Lokomotif wap tidak pernah mencecah 100 bsj di Bri-tain sejak 1968, menurut akhbar The Daily Telegraph.

Dibina oleh penggiat wa-risan, Tornado mencecah ke- lajuan tiga angka di atas Landa-san Utama Pantai Timur – laluan antara London dan Edinburgh – dalam satu perjalanan ujian antara Doncaster dan New-castle di utara England.

Ujian itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menaikkan had kelajuan Tornado bagi khidmat penumpang daripada 75 bsj kepada 90 bsj menjelang hujung tahun ini.

Lokomotif wap pemeliharaan dihadkan kepada 75 bsj sejak khidmat wap ber-akhir di atas landasan utama pada zaman 1960-an.

Tornado merupakan lokomotif wap pertama yang dibina di Britain dalam tempoh hampir setengah abad ketika ia siap pada 2008.

Jika Tornado dapat berge-rak selaju 90 bsj, ia dapat lari lebih baik dengan kereta api lain di landasan keretapi utama yang sibuk.

Ketika ia menarik gerabak penumpang kelmarin untuk ujian sulit, ia bergerak pada kadar 10 peratus di atas aras 90 bsj untuk menunjukkan margin keselamatan yang memadai.

Kami gembira kerana selesai melakukan ujian yang meletakkan kami satu langkah lagi ke arah operasi 90 bsj bersama Tornado,” kata Graeme Bunker-James selaku pengarah operasi bagi A1 Steam Locomotive Trust.

Ini akan membolehkan kita untuk memastikan lokomotif itu terus menarik kereta api di bahagian paling sibuk dalam rangkaian UK, dan mem-bolehkan seramai mungkin orang untuk menikmati perjalanan bersama Tornado.

Sebagai sebahagian daripada ujian ini, lokomotif itu beroperasi pada kelajuan 90 bsj bagi tempoh yang berterusan selain mencapai 100 bsj di bawah keadaan istimewa ini dan bergerak dengan isyarat yang jelas.”

Rekod kelajuan dunia bagi lokomotif wap adalah 126 bsj, dicipta oleh kereta api Mallard lebih jauh di selatan di atas landasan kereta api yang sama pada 1938. — AFP

Advertisement