Anda di sini

Kerajaan Thailand larang Songkran dirai secara berlebihan

Advertisement
 Gajah menyembur pelancong dengan air semasa perayaan Festival Air Songkran di wilayah Ayutthaya, utara Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters
SEMBUR: Gajah menyembur pelancong dengan air semasa perayaan Festival Air Songkran di wilayah Ayutthaya, utara Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters

BANGKOK: Thailand melancarkan pesta air tahunan atau cuti Songkran semalam di tengah-tengah amaran daripada kerajaan tentera untuk mengawal keriangan perayaan pada waktu negara itu masih meratapi mendiang rajanya.

Thailand sedang berkabung selama setahun untuk Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada Oktober lalu pada usia 88 tahun. Banyak acara hiburan sejak kemang-katan baginda dikurangkan atau dibatalkan sebagai tanda hormat.

Raja Maha Vajiralongkorn, putera mendiang raja itu, adalah raja baharu.

Kerajaan telah memberi amaran kepada peserta agar tidak memakai baju seksi dan membataskan pengambilan arak, selain beberapa pengumuman lain.

Kematian dalam nahas jalan raya biasanya melonjak pada waktu cuti umum dan salah satu punca utama adalah memandu dalam keadaan mabuk.

Saya mahu semua orang membantu untuk mengu-rangkan nahas dan mempunyai sedikit akal. Penjualan arak berhampiran perayaan telah menyebabkan huru-hara dan makna Songkran telah diputar-belit,” kata Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha kepada pemberita kelmarin.

Kita perlu memainkan peranan kita dalam usaha memelihara kebudayaan dan tradisi kita,” tambahnya.

Sejak memegang kuasa dalam kudeta pada 2014, kerajaan tentera Prayuth cuba memulihkan apa yang ia lihat sebagai nilai-nilai tradisional Thai, dan berkata beberapa tradisi Thai sudah dirosakkan oleh pengaruh luar dari dunia Barat.

Namun amaran itu tidak mungkin akan melembapkan cuti paling penting di Thailand dan salah satu tarikan pelancongan terbesarnya – masa di mana orang Thai dan pelancong mengambil bahagian dalam pertarungan air jalanan yang bising dan kasar, bersenjatakan baldi dan pistol air.

Songkran, yang dipanggil “pertarungan air terbesar di dunia”, juga merupakan masa di mana orang Thai memberi penghormatan kepada orang tua mereka dengan menyiram air menerusi tangan mereka – satu amalan bertujuan untuk melambangkan penyucian menjelang tahun baharu.

Pihak berkuasa pelanco-ngan berkata ia menjangka-kan peningkatan jumlah pelancong antarabangsa yang meraikan Songkran akan meningkat 10 peratus berbanding pada tahun sebelum itu untuk mencapai 470,000 pelawat. — Reuters

Advertisement