Anda di sini

Amnesty kutuk larangan hubungi tiga pengkritik monarki Thai melalui Internet

Advertisement

BANGKOK: Amnesty International (AI) mengutuk satu larangan luar biasa oleh junta Thailand ke atas penggunaan Internet untuk berkomunikasi dengan tiga pengkritik monarki yang lantang, dan berkata pihak berkuasa telah mencapai tahap terendah dalam usaha untuk mengekang kebebasan bersuara.

Perintah baharu itu menjadikan sebarang interaksi dalam talian dengan tiga orang itu di negara tersebut – termasuk menghubungi mereka, dan mengikuti atau berkongsi paparan media sosial mereka – satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara di bawah Akta Jenayah Komputer.

Pengkritik yang dikenakan perintah itu adalah dua ahli akademik Thai yang disegani, Somsak Jeamteerasakul dan Pavin Chachavanpongpun, selain bekas pemberita Andrew MacGregor Marshall.

Semua mereka mempunyai pengikut dalam talian yang meluas, merupakan pengkritik lantang kerajaan tentera yang memerintah sejak 2014 dan hidup dalam buangan sendiri pada waktu mereka berdepan dengan tuduhan ‘lese majeste’ dalam Thailand kerana mengkritik monarki.

Monarki Thailand, yang diketuai Raja Maha Vajiralongkorn, sudah pun dilindungi salah satu undang-undang fitnah diraja paling keras di dunia, yang membawa hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

Pihak berkuasa Thai sudah jatuh ke tahap baharu apabila ia menyekat kebebasan rakyat untuk berekspresi,” Josef Benedict, Timbalan Pengarah AI bagi Asia Tenggara, menyebut dalam satu kenya-taan lewat kelmarin ketika perintah itu diedarkan oleh media Thai.

Selepas memenjarakan orang kerana apa yang mereka sebut dalam atau luar talian, dan mengganggu pengkritik sehingga hidup dalam bua-ngan, mereka mahu memutuskan sepenuhnya hubu-ngan di antara rakyat.”

Seorang pegawai kanan di Kementerian Ekonomi Digi-tal menafikan perintah itu menaikkan aras bagi penindasan di negara itu.

Ini adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat supaya mereka dapat mencari maklumat yang betul, dan menggunakan penilaian mereka supaya ia (perintah) tidak akan menjejaskan mereka,” kata Somsak Khaosuwan kepada pemberita lewat kelmarin.

Semua media yang berpangkalan di Thailand mesti menapis diri secara rutin untuk sentiasa mematuhi undang-undang.

Ia telah digunakan sewenang-wenangnya ke atas pengkritik kerajaan dan diraja sejak tentera menyingkirkan kerajaan awam Yingluck Shinawatra hampir tiga tahun lalu.

Ketua junta Thailand, Prayut Chan-O-Cha, telah mengharamkan penganjuran politik, dan mengepung penentangnya.

Orang Thai sedang memerhati dengan dekat tindak-tanduk Vajiralongkorn, yang menaiki takhta ekoran kemangkatan ayahanda baginda yang disayangi rakyat, Bhumibol Adulyadej, pada Oktober tahun lepas. — AFP

Advertisement