Anda di sini

Tumbuk, cekik ibu: Penganggur didenda RM1,800

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM1,800 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi kesalahan menumbuk dan mencekik ibunya, minggu lepas.

Majistret Mahyudin Moh-mad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Alan-gendara, 28, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kece-deraan dengan menumbuk beberapa kali di muka dan mencekik leher ibunya, K. Peramala, 51.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di PPR Desa Rejang, Setapak, di sini, pada jam 9 malam, 3 April lepas dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal,  bagai-manapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung isteri dan tiga anak. — Bernama

Advertisement