Anda di sini

Reman ‘Tan Sri’ dan tiga lagi dilanjut dua hari, dua lagi lelaki dibebaskan

Advertisement
 Tempoh reman seorang                    ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ (kanan) dan tiga lagi lelaki termasuk anak lelakinya dilanjutkan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka. — Gambar Bernama
TEMPOH REMAN DILANJUTKAN: Tempoh reman seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ (kanan) dan tiga lagi lelaki termasuk anak lelakinya dilanjutkan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Tempoh reman seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan tiga lagi lelaki termasuk anak lelakinya dilanjutkan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap ‘Tan Sri’ dan anak lelakinya serta dua pegawai JPS bagi memboleh-kan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut terhadap mereka.

Dua lagi yang ditahan reman bersama sebelum ini dibebaskan dengan jaminan SPRM oleh mahkamah sama semalam.

Keenam-enam lelaki yang berumur antara 33 hingga 63 tahun itu direman enam hari sejak 6 April lalu.

Sebelum itu, mereka diiringi pegawai SPRM dan tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi.

‘Tan Sri’ berumur 60-an itu kelihatan sedih selepas keluar dari mahkamah ketika diiringi pegawai SPRM ke kenderaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang tinggi.

Dilaporkan sebelum ini bahawa kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat ‘geotube’ bagi projek JPS, membabitkan kerja pe-mulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

Kesemua lelaki itu didakwa membuat tuntutan pem-bayaran palsu berjumlah RM13 juta bagi pembekalan 358 unit geotube, sedangkan pembekalan dibuat sebanyak 89 unit dengan nilai RM4 juta. — Bernama

Advertisement