Anda di sini

NANKID® OPTIPRO® HA 3 lancar kempen komunikasi kongsi kebaikan protein

Advertisement
__alt__

KUALA LUMPUR: Pelan­caran kempen NANKID® OPTIPRO® HA 3 pada ming­gu lalu di TCE Baby Expo 2017 adalah untuk memperk­enalkan OPTIPRO®, Protein Termaju dari Nestlé. Pegawai Eksekutif Pernia­gaan daripada Nestlé Nutri­tion, Nestlé Malaysia Bhd, Xavier Payard, berkata, seh­ingga hari ini, peranan protein di dalam tumbesaran kanak-kanak sebenarnya masih kurang diberikan tumpuan.

“Sebagai komponen asas bagi struktur semua sel-sel, protein memainkan per­anan yang penting di dalam pertumbuhan dan perkem­bangan keseluruhan tubuh badan.”

“Namun, tidak semua pro­tein mempunyai komponen yang sama bila pengambilan protein secara berlebihan di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan obesiti apabila dewasa kelak, mana­kala kekurangan protein pula boleh menyebabkan tumbe­saran terbantut,” katanya.

Tambah Xavier lagi, setiap ibu bapa mahukan permulaan yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Di atas aspirasi inilah, Nestlé membawa ibu bapa bersama-sama belajar tentang Protein Termaju dari Nestlé dan betapa pentingnya protein dalam membina asas yang kukuh bagi si manja mereka.”

“Di Nestlé, kami ber­bangga untuk menjadi pen­dukung kepada komitmen dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat per­mulaan yang baik bagi hidup mereka.”

“Ini seiring dengan komit­men kami di mana objektif Nestlé dalam menambah baik kualiti hidup di samping menyumbang kepada masa hadapan yang lebih sihat buat semua,” katanya.

Protein Termaju dari Nestlé menggunakan teknologi hid­rolisis, di mana protein susu biasa dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil, mem­bolehkannya lebih mudah dihadam dan diserap.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.startwell. nestle.com.my.

  • oleh
  • Advertisement