Anda di sini

Liansin Trading tawar sudu, garpu tahan karat dengan pembelian lima kg Haryana

Advertisement
 Tan (tengah) bersama Lim (kiri) dan Teng (kanan) masing-masing memegang poster beras keluaran Liansin yang menawarkan hadiah percuma bagi para pelanggan.
PROMOSI: Tan (tengah) bersama Lim (kiri) dan Teng (kanan) masing-masing memegang poster beras keluaran Liansin yang menawarkan hadiah percuma bagi para pelanggan.

KUCHING: Syarikat pem­bekal beras tersohor di Sarawak, Liansin Trading Sdn Bhd menawarkan sudu serta garpu besi tahan karat secara percuma dengan setiap pembelian lima kilogram (kg) Haryana. Menurut Penolong Op­erasi Jualan Liansin Trading Sdn Bhd, Tan Thien Thien, orang ramai boleh menebus hadiah percuma tersebut di kaunter-kaunter pasar raya selepas membeli beras bas­mathi berkenaan.

“Haryana merupakan beras berkhasiat yang mengandungi lemak dan gula yang rendah dari India. Kini pengguna boleh mendapatkannya serta menerima sudu serta garpu keluli tahan karat secara per­cuma di pasar raya terdekat,” katanya pada sidang media di premis Liansin Trading Sdn Bhd di Jalan Kisar, Kawasan Perindustrian Bintawa, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran Kanan Lim Boo Kiong dan Penolong Pen­gurus Jualan Alex Teng Siu Beng.

Tan berkata, syarikat berk­enaan turut menawarkan sudu tahan karat secara per­cuma dengan pembelian beras wangi Cap Amoi 10 kg serta beras wang Butterfly, juga 10 kg, di mana hadiah percuma itu disertakan dalam pek beras tersebut.

Bagaimanapun katanya, promosi sudu percuma den­gan setiap pembelian beras Butterfly 10 kg hanya dita­warkan di kawasan Kuching serta Sibu, manakala promosi Haryana dan Cap Amoi boleh  didapati di seluruh Sarawak.

“Promosi ini telah pun ber­mula dan akan berlangsung sehingga perayaan Hari Gawai dan Hari Raya, dan juga Hari Bapa dan Hari Ibu atau sehingga stok masih ada,” katanya.

Harga jualan yang disy­orkan bagi beras Haryana adalah RM49, manakala Cap Amoi RM34.50 dan Butterfly RM47.90.

Sementara itu, Tan mem­beritahu Liansin akan men­gadakan cabutan pemenang bagi musim ketiga serta hadiah utama Peraduan New Jimmy Contest yang bakal diadakan di Pusat Beli-Belah Boulevard pada 23 April ini.

Peraduan itu yang berlang­sung sejak 1 Julai 2016 hingga 31 Mac lalu dan menarik kira-kira 50,000 peserta pada musim pertama serta sekitar 100,000 pada musim kedua, menawarkan kereta Mitsubi­shi Outlander sebagai hadiah utama.

Jumlah bagi peserta musim ketiga bagaimanapun ka­tanya, belum dapat dipastikan kerana proses pengiraan masih dijalankan.

Hadiah pertama bagi musim ketiga adalah televisyen UHD Basic bersaiz 65 inci jenama Sharp, manakala hadiah kedua merupakan peti sejuk jenama Samsung.

Pemenang tempat ketiga akan membawa pulang ‘Smart Air Fryer’ jenama Buffalo sementara periuk nasi digital jenama Buffalo akan menjadi rebutan lima pemenang bagi hadiah istimewa, manakala 50 pemenang sagu hati akan membawa pulang beras wangi Butterfly 10kg.

Majlis cabutan bertuah bagi musim ketiga serta hadiah utama Peraduan New Jimmy yang dijadualkan bermula pada jam 1 petang itu dijangka akan dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Advertisement