Anda di sini

Lelaki nafi tuduhan lakukan kurungan salah terhadap lelaki lain

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki diperintahkan Mahkamah Majistret semalam supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan melakukan kurungan salah terhadap seorang lelaki lain.

Suboh Salleh, 66, dari Kampung Haji Wahed di sini telah dituduh melakukan kurungan salah terhadap Hwang Tuong Hook, 43.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3.50 petang hingga 8 malam, 9 Ogos 2016 di Lot 788 Block A Kuala Baram Land, Jalan Bypass di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 20 April ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement