Anda di sini

Dua peniaga mengaku tidak bersalah sokong militan Daesh

Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua peniaga semalam masing-ma-sing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan militan Daesh.

Hizmi Razli Abdul Rahim, 33, dan Tengku Shukri Che Engku Hashim, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ber-asingan di hadapan Pesuruh-            jaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Hari ini (semalam) merupakan sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi selepas ia dipindahkan dari Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan. Kes-kes melibatkan pengganas akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Hizmi Razli dan Tengku Shukri masing-masing didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram Kumpulan ‘Gagak Hitam’.

Hizmi Razli dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Pulau Kapas, Kota Bharu, Kelantan pada kira-kira jam 12.37 tengah malam, 30 Mac lalu, manakala Tengku Shukri didakwa melakukannya di Taman Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan, pada kira-kira 5.08 petang, tarikh sama.

Bagi pertuduhan kedua, Hizmi Razli dan Tengku Shukri masing-masing didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjua-ngan ideologi, dan perbuatan itu boleh dianggap diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram Kumpulan ‘amanah (phb) vs pas’.

Hizmi Razli dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Pulau Kapas pada kira-kira 3.32 pagi, 28 Jun 2016, manakala Tengku Shukri di Taman Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan antara jam 3.18 pagi dan 11.27 malam, tarikh sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130J(1)(b) kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan. — Bernama

Mahkamah menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab. — Bernama

Advertisement