Anda di sini

Pensabitan bunuh anggota marin AS tetap

Advertisement
 Gambar fail 23 Mac, 2015 menunjukkan Pemberton memasuki bangunan mahkamah untuk menghadapi perbicaraan pertama kesnya di Olongapo City. — Gambar AFP
TETAP BERSALAH: Gambar fail 23 Mac, 2015 menunjukkan Pemberton memasuki bangunan mahkamah untuk menghadapi perbicaraan pertama kesnya di Olongapo City. — Gambar AFP

MANILA: Pensabitan seorang anggota Marin AS bagi pembunuhan seorang  rakyat Filipina transjantina dalam sebuah kes yang membangkitkan semula sentimen anti-Amerika yang lama reda di Filipina telah dikekalkan oleh sebuah mahkamah semalam.

Lans Korporal Joseph Scott Pemberton telah didapati bersalah bagi homisid pada 2015 bagi pembunuhan Jennifer Laude di sebuah rumah tumpangan Filipina setahun sebelum ini, mendesak peguamnya untuk memfailkan satu rayuan.

Namun Mahkamah Rayuan Filipina menolak rayuan semalam, menyatakan bantahan

Pemberton bahawa dia bertindak sebagai mempertahankan diri ketika Laude menamparnya sebagai “lebih kepada imaginasi berbanding realiti” dan “direka dengan mudah”.

Satu-satunya sebab kenapa dia menyerang Laude adalah kerana dia berang terhadap beliau sebab menyamar sebagai perempuan, tiada lain selain itu,” menurut mahkamah.

Pemberton telah menemui transjantina Filipina Laude pada Oktober 2014  di sebuah bar di bandar Olongapo, barat laut bandar utama Manila, selepas anggota marin itu terlibat dalam latihan ketenteraan bersama AS-Filipina.

Semasa perbicaraan, sebuah mahkamah rendah telah mendengar bahawa Pemberton dan Laude bersetuju untuk melakukan hubungan seks selepas bertemu di daerah maksiat di bandar tersebut, namun anggota marin yang mabuk itu telah menjadi ganas apabila dia mengetahui Laude masih mempunyai alat kemaluan lelaki.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam hingga 10 tahun dan sedang ditahan di sebuah sel di ibu pejabat tentera negara di Manila.

Pensabitan homisid Pemberton adalah yang pertama di bawah perjanjian pasukan tentera yang berkunjung di antara AS dan Filipina yang ditandatangani 1998,  meliputi liabiliti perundangan  bagi pasukan tentera Amerika yang mengambil bahagian dalam operasi ketenteraan di negara Asia Tenggara.

Kes yang menegangkan hubungan di antara Filipina  dan bekas pemerintah koloninya dan rakan  pertahanan utama, dengan para aktivis dan kumpulan hak asasi LGBT menggesa Manila untuk menghentikan perjanjian ketenteraan dengan Washington.

Peguam rakyat Amerika itu Rowena Garcia-Flores menyatakan bahawa kem Pemberton akan membawa kes itu dengan  Mahkamah Agung Filipina.

Mahkamah rendah telah mengenepikan semua bukti yang menunjukkan bahawa orang lain telah membunuh Laude. Wang laude telah dicuri oleh orang ketiga dan terdapat seutas rantai leher yang dimiliki oleh orang ketiga,” kata beliau. — AFP

Advertisement