Anda di sini

Najib kutuk serangan di Tanta dan Iskandariah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengutuk serangan ke atas dua gereja Koptik di Tanta dan Iskandariah di Mesir.

Saya jijik dengan serangan pengecut ke atas gereja di Tanta dan Iskandariah. Dalam masa berkabung ini, ingatan dan doa kita adalah bersama dengan rakyat Mesir dan mereka yang kehilangan anggota keluarga,” katanya melalui akaun Twitter dan Facebook beliau.

Najib berkata serangan ini merupakan satu lagi peringatan mengenai ancaman ganas ekstremisme.

Kita tidak boleh mengalah, dan setiap kekejaman sepatutnya memperkukuhkan lagi tekad kita.

Hasrat Daesh adalah untuk memecahbelahkan kita - Islam, Kristian dan agama yang lain - namun respons yang paling kuat adalah untuk bersatu padu dan memerangi ancaman nihilistik ini melalui satu pakatan bersama untuk memerangi musuh yang sama,” katanya. — Bernama

Advertisement