Anda di sini

Gereja Koptik Mesir disasari lagi

Advertisement

Sembahyang misa Palm Sunday dicemari pengeboman berdarah

KAHERAH: Satu letupan bom di sebuah gereja utara Kaherah menyebabkan 21 maut dan puluhan cedera ketika mereka berhimpun untuk sembahyang misa Palm Sunday, lapor media rasmi, dalam serangan terbaharu yang menyasari Kristian Koptik Mesir.

 Kira-kira 40 cedera dalam letupan itu yang meranapkan sebuah gereja Koptik di bandar Delta Nil Tanta, 120 kilometer utara Kaherah, menurut laporan.

 Seorang pegawai perubatan di hospi t a l di Tant a mengesahkan sekurangkurangnya 13 maut.

 Palm Sunday adalah antara hari paling suci dalam kalendar Kristian yang menandakan kejayaan kemasukan Jesus Christ ke Baitulmaqdis.

 Saluran televisyen rasmi Nile menyatakan letupan menyasari Gereja Koptik Mar Girgis di Tanta sejurus sebelum jam 10 pagi waktu tempatan.

 Gabenor Ahmad Deif memberitahu Nile bahawa sekurang-kurangnya 42 cedera dalam letupan yang berlaku di dalam gereja itu.

 “Sama ada bom atau seseorang meletupkan diri,” jelas Deif sambil menambah kata, pasukan keselamatan telah menggeledah tempat kejadian dan persekitarannya untuk sebarang alat letupan tambahan.

 Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas letupan semalam.

 Kristian Koptik yang meliputi satu persepuluh daripada 92 juta populasi Mesir dan akan menyambut Pa ska hujung minggu depan, telah disasari sejak kebelakangan ini.

 Kumpulan pelampau dan Islamis menuduh mereka menyokong penggulingan tentera ke atas Presiden Mohamed Morsi pada 2013, yang disusuli dengan operasi berdarah menyasari para penyokongnya.

 Pada Disember tahun lepas, satu serangan nekad yang diakui kumpulan Islamic State (IS) menyebabkan 29 penganut maut semasa sembahyang misa Ahad di Kaherah.

 Siri serangan didalangi pelampau di wilayah bergolak Semenanjung Sinai pula menyaksikan pembunuhan seorang penganut di bandar El Arish di mana rumahnya turut dibakar, mendorong beberapa keluarga Koptik melarikan diri.

 Kira-kira 250 penganut Kristian berlindung di bandar Terusan Suez Ismailiya selepas IS menerbitkan video Februari lalu menyeru serangan ke atas minoriti terbabit.

 Pope Francis bakal melawat Kaherah pada 28 dan 29 April ini untuk menunjukkan perpaduan dengan komuniti Kristian Mesir.

 Beliau akan melawat tempat serangan gereja berhampiran Katedral Koptik Ortodoks Saint Mark yang dipimpin Paus Kristian Koptik Tawadros II. — AFP

Advertisement