Anda di sini

Stockholm berkabung, Sweden berjaga-jaga

Advertisement
__alt__

Sebuah trak curi merempuh orang ramai di kawasan sibuk tengah bandar raya tersebut kelmarin

STOCKHOLM: Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh ibu negara Sweden semalam ketika bandar raya itu mula berkabung sehari selepas serangan trak yang meragut empat nyawa ketika polis menyatakan mereka telah menahan reman suspek pemandu.

 Sebuah trak bir yang dicuri merempuh orang ramai di penjuru pasar raya Ahlens yang sibuk dan lebuh pejalan kaki popular Drottninggatan petang kelmarin, betul-betul di atas stesen metro pusat Stockholm.

 Serangan tersebut yang terbaharu dalam siri serangan menggunakan kenderaan di Eropah, termasuk di London, Berlin dan bandar selatan Perancis Nice, kesemuanya diakui kumpulan pelampau Islamic State (IS).

 Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan ketiga di Eropah dalam tempoh dua minggu selepas London dan Saint Petersburg.

 Sembilan daripada 15 yang cedera masih terlantar di hospital semalam.

 “Ketakutan menyentuh hati bandar ini,” menurut surat khabar terbesar Sweden Dagens Nyheter pada laman depannya di atas gambar trak dengan bahagian depannya remuk merempuh kedai.

 Jalanan lengan pagi semalam melainkan kehadiran ramai polis, manakala sekumpulan kecil berkumpul dekat sekatan keselamatan di sekeliling tempat kejadian, tatkala yang lain meletakkan jambangan bunga.

 Perdana Menteri Stefan Lofven berkata, beliau telah mengarahkan kawalan ketat sempadan, ketika bendera dikibarkan separuh tiang di Parlimen, pejabat kerajaan dan dewan perbandaran.

 “Pengganas mahu kami takut, agar kami mengubah sikap dan tidak lagi menjalani kehidupan secara normal, namun itulah yang akan kami l akukan supaya pengganas tidak akan pernah mengalahkan Sweden,” kata Lofven.

 Polis Sweden berkata semalam bahawa seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah teroris kemungkinan besar pemandu trak yang merempuh orang ramai di tengah Stockholm kelmarin.

 “Kami mengesyaki lelaki yang ditahan adalah pelakunya,” kata jurucakap pol i s Stockholm La r s Bystrom.

 Polis terdahulu berkata mereka telah menahan seorang lelaki menyamai gambaran gambar yang dikeluarkan mengenai seorang suspek memakai baju ‘hoodie’ gelap dan jaket hijau tentera.

 Bystrom berkata, lelaki yang ditahan mungkin orang yang sama dalam gambar.

 Menurut akhbar Aftonbladet, individu di dalam foto tersebut ialah lelaki keturunan Uzbek berusia 39 tahun yang merupakan peny okong kumpul a n pelampau Islamic State (IS).

 Sekiranya disahkan sebagai serangan teroris, ia merupakan serangan berdarah seumpamanya di Sweden.

 Gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan sebuah trak bir besar berwarna biru dengan gear brek tercabut merempuh ke dalam pasar raya.

 Beberapa saksi menceritakan detik mengerikan dan suasana panik.

 “Sebuah trak besar mula melanggar semua benda serta hanya bergerak merempuh semua orang,” menurut saksi Rikard Gauffi n.

 “Suasana amat teruk dengan mayat bergelimpangan, sungguh menger ikan, ” tambah beliau.

 Trak tersebut kemudian ditunda awal pagi semalam.

 Kereta polis dan ambulans segera memenuhi tempat kejadian selepas serangan, ketika jalan raya utama dan dataran ditutup ekoran kebimbangan serangan susulan mungkin berlaku.

 Helikopter berlegar di atas bandar, dengan bunyi siren kedengaran, dan beberapa van polis menggunakan alat pembesar suara menggesa orang ramai terus pulang ke rumah dan mengelak tempat yang sesak.

 Namun dengan sistem metro dan kereta api komuter ditutup selama beberapa jam selepas serangan, jalan lain menuju ke luar bandar sesak dengan ribuan pejalan kaki yang cuba mencari jalan pulang ke rumah.

 Haval, kerani jualan berusia 30 tahun, berada di metro ketika serangan itu.

 Kereta apinya segera berhenti dan beliau terpaksa keluar ber sama semua penumpang lain.

 Me r eka be r j a l an di sepanjang jalan raya sebelum diarahkan masuk ke dalam sebuah hotel berhampiran untuk keselamatan.

 Marko pula berada dalam kedai kopi berhampiran tempat kejadian bersama teman wanitanya ketika melihat trak merempuh ke dalam kedai.

 “Dia mulanya melanggar seorang wanita, kemudian dia merempuh sekumpulan orang lain.

 “Kami membantu semua orang yang bergelimpangan di tempat kejadian,” beliau memberitahu akhbar Sweden Aftonbladet.

 Hasan Sidi, seorang lagi pejalan kaki, memberitahu Aftonbladet beliau melihat dua wanita tua bergelimpangan di tempat kejadian.

 Beliau menyatakan orang ramai di tempat kejadian mengge s a be l i au aga r membantu salah seorang wanita terbabit yang mengalami pendarahan teruk.

 “Seorang kemudian maut, saya tidak tahu sama ada seorang lagi terselamat,” kata Sidi.

 “Pihak polis terkejut.  Semua orang terkejut. ” Lidah pengarang akhbar terbesar Sweden Dagens Nyheter menyatakan: “Apa yang kami takuti selama ini akhirnya telah berlaku.

” “Ketakutan dan panik sejurus selepas insiden tidak dapat digambarkan.

 “Imej susulan serangan begitu dahsyat,” tambah akhbar.  — AFP

Advertisement