Anda di sini

PTPTN perkenal ‘Triple Plus’ bantu rakyat M’sia jana pendapatan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan program Triple Plus bertujuan menyediakan platform kepada rakyat Malaysia menjana pendapatan menerusi produk PTPTN.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rakyat Malaysia perlu menjadi Ejen Pemasaran Online produk PTPTN untuk mendapat manfaat daripada program Triple Plus tersebut.

Triple Plus itu mempunyai tiga manfaat besar iaitu penabungan, perlindungan dan pendapatan.

Program yang berkonsepkan seminar itu turut memberi peluang kepada PTPTN membantu pelajar yang telah menamatkan pengajian terutamanya peminjam PTPTN untuk menjana pendapatan sampingan dengan menyertainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Wow! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) Suku Tahun Kedua 2016/2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Shamsul berkata siri pertama Triple Plus bermula semalam dan akan menjelajah ke 13 lokasi seluruh negara sehingga Julai nanti.

Sementara itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan sekurang-kurangnya 350,000 akaun baharu akan dibuka di bawah SSPN-i Plus dengan deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.

Bernama

Advertisement