Anda di sini

Padi Records gabungkan artis dari tiga buah negara

Advertisement
 Padi Records menampilkan artis terdiri daripada tiga buah negara jiran iaitu Ezal dari Singapura, Dona Amelia dari Indonesia dan Ammy Faraa dari Thailand.
ARTIS TIGA NEGARA: Padi Records menampilkan artis terdiri daripada tiga buah negara jiran iaitu Ezal dari Singapura, Dona Amelia dari Indonesia dan Ammy Faraa dari Thailand.

SYARIKAT rakaman tempatan, Padi Records membuat kelainan dengan mengadakan majlis pelancaran dan perkenalan tiga artis naungannya dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

 Apa yang lebih menarik, artis-artis Padi Records ini terdiri daripada tiga buah negara jiran iaitu Ezal, penyanyi yang berasal dari Singapura, Dona Amelia dari Indonesia dan juga penyanyi baharu berasal dari Thailand, Ammy Faraa.

 Sidang media tersebut juga turut menyaksikan pelancaran single terbaharu Donna Amelia dan Ezal serta penyerahan kontrak antara Ammy Fara dan Padi Records.

 “Saya memilih bakatbakat luar ialah kerana ia dapat memperluaskan pasaran dan dengan ini kita boleh membawa artis kita ke negara mereka,” ujar pengurus Padi Records Ayob Abdul Majid.

 Tambahnya lagi, tindakannya ini bukan untuk menganaktirikan artis tempatan tetapi beliau ingin memeriahkan industri muzik tanah air dengan kehadiran artis- artis luar yang memiliki aura tersendiri.

 Sementara itu, bagi pendatang baharu dari Thailand Ammy Faraa yang juga merupakan peserta program realiti D’Academy Asia yang telah mencipta nama di Indonesia, beliau mengharapkan sesuatu yang positif daripada pencinta- pencinta muzik di Malaysia.

 “Saya sudah membuat pelbagai percubaan di Indonesia dan Thailand dan sekarang Ammy ingin mencuba nasib di Malaysia pula,” katanya.  — Bernama

  • oleh
  • Advertisement