Anda di sini

Pelancaran rasmi album Gawai ‘Malas Uti’ di Sibu esok

Advertisement
 Asese Sebeli (tengah) bersama (dari kiri) Linggi, Jring, Nini, Shiga, Riau dan Watt Zack akan menemui peminat di Taman Permai pada pelancaran album Gawai ‘Malas Uti’ esok.
TEMUI KAMI: Asese Sebeli (tengah) bersama (dari kiri) Linggi, Jring, Nini, Shiga, Riau dan Watt Zack akan menemui peminat di Taman Permai pada pelancaran album Gawai ‘Malas Uti’ esok.

ALBUM Gawai berjudul ‘Malas Uti’ edaran dan keluaran Asese Production akan dilancarkan dengan rasminya pada esok hari (Ahad) bertempat di Astaka Taman Tasik Permai di Sibu.

Menurut kenyataan media dari Pengarahnya Asese Sebeli semalam, pelancaran album itu akan disempurnakan oleh Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong pada jam 10 pagi.

“Program pelancaran ini akan diadakan dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari. Bagaimanapun, acara rasminya akan bermula pada jam 10 pagi apabila kehadiran tetamu kehormat kita iaitu Chambai Lindong untuk menyempurnakan pelancarannya.

“Justeru, kita menjemput orang ramai di sekitar bahagian Sibu supaya datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis pelancaran ini pada 9 April ini di venue tersebut,” katanya lagi.

Selain dari acara rasmi, jelasnya, turut diadakan juga persembahan dari artis-artis tempatan seperti Lerry Silas bersama bandnya iaitu Lerry Silas Sound Muzik dan Clemence Joy’s serta ramai lagi artis jemputan yang lain.

“Artis-artis yang terlibat dalam album ‘Malas Uti’ ini juga akan menghiburkan orang ramai bagi mempromosikan album tersebut.

“Orang ramai juga turut berpeluang membeli album Gawai kami dengan harga promosi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, album ini telah memulakan pembikinannya sejak Disember tahun lepas dan telah menjalankan penggambaran klip videonya di dua buah lokasi rumah panjang yang berbeza iaitu di Nanga Dap, Kanowit dan di Batang Lassa, Daro.

Penggambaran dan pembikinan lagunya dikendalikan oleh Abbu Kemuyang Recording Studio (AKRS) yang berpengkalan di Kemuyang, Sibu.

Album ini menghimpunkan enam orang artis baharu yang dipimpin oleh artis yang tidak asing lagi di Sibu iaitu Asese Sebeli.

Antara artis baharu yang terlibat ialah Shiga, Nini Sherley, Linggi, Jring Sumping, Watt Zack, Riau dan Sebeli sendiri.

Album ini memuatkan sembilan buah lagu yang terdiri daripada ‘Malas Uti’ nyanyian duet Asese Sebeli dan Nini Sherley, ‘Ai Pengayu’ (Jring Sumping), ‘Kelaie Gawai’ (Linggi), ‘Ngericau’ (Asese Sebeli), ‘Anang Enda’ (Riau), ‘Tuah Gawai’ (Watt Zack), ‘Sampi Gawai’ (Asese Sebeli/Shiga), ‘Aku Kumang Gawai’ (Nini Sherley) dan ‘Aku Dibuai’ (Shiga).

Lagu-lagu tersebut menampilkan pelbagai genre yang sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat.

Kesemua lagu dan lirik album ini dicipta oleh Asese Sebeli dan pengadunan muziknya dikendalikan oleh Midas Priest dari AKRS.

  • oleh
  • Advertisement