Anda di sini

Nikmati harga terendah di Everwin Sungai Merah hingga Ahad ini

Advertisement
 Pasar Raya Everwin Sungai Merah di Sibu kelihatan sesak dengan kunjungan orang ramai sempena Hari Keahlian yang bermula semalam.
TAWARAN HEBAT: Pasar Raya Everwin Sungai Merah di Sibu kelihatan sesak dengan kunjungan orang ramai sempena Hari Keahlian yang bermula semalam.

SIBU: Nikmati harga terendah untuk semua jenis barangan di Pasar Raya Everwin Sungai Merah di sini sempena Hari Keahlian (Member’s Days) bermula 7 (semalam) hingga 9 April ini Menurut Pengurus Ca­wangan Everwin Sungai Merah Wong Liong Tung, pengunjung yang mempun­yai kad keahlian Pasar Raya Everwin Sungai Merah akan menikmati harga keahlian yang sangat berbaloi untuk semua barang yang ada di pasar raya berkenaan.

“Bersempena Member’s Days ini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua pelanggan kami yang mempunyai kad keahlian Everwin di sini.

“Tawaran hebat ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga 9 April,” kata Wong.

Tambahnya, untuk itu, selama tiga hari Pasar Raya Everwin Sungai Merah akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Menurut Wong, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga normal.

“Tahun ini merupakan tahun keempat Pasar Raya Everwin Sungai Merah mengadakan Hari Keahlian buat semua pelanggannya yang setia berkunjung ke pasar raya berkenaan,” ka­tanya lagi.

Oleh itu, Wong menyeru semua pelanggan mereka yang mempunyai kad keahlian supaya datang beramai-ramai ke Pasar Raya Everwin Sungai Merah untuk menikmati har­ga terendah yang ditawarkan oleh mereka.

“Ini adalah antara keis­timewaan yang kami berikan kepada semua pelanggan kami. Mereka yang belum mempunyai kad keahlian boleh mendaftar di sini den­gan bayaran hanya RM5 sahaja,” katanya.

Advertisement