Anda di sini

Tujuh bulan ditubuhkan, ahli PPBM sudah hilang kepercayaan

Advertisement

SEREMBAN: Kewibawaan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh dipertikaikan kerana baharu tujuh bulan parti ditubuhkan, ahlinya telah hilang kepercayaan dan keluar parti, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata sebelum ini PPBM begitu ghairah mengecam UMNO sebagai parti kroni dan mengamalkan rasuah tetapi kini ahlinya yang keluar parti turut melemparkan tuduhan sama terhadap pemimpinnya.

Mohamad yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas tindakan 500 ahli PPBM Bahagian Rembau diketuai Ketua Aktivis PPBM negeri Mohd Anas Sudin yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, malam kelmarin.

Mohd Anas berkata mereka membuat keputusan untuk keluar parti kerana mendakwa PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta hala tuju parti yang kabur.

Jadi, kalau sudah tupai itu, tupai juga... kalau dia tidak dapat buah, dia meloncat ke tempat lain,” kata Mohamad dengan sinis. — Bernama

Advertisement