Anda di sini

Suu Kyi nafi pembersihan etnik Rohingya

Advertisement

Tatkala PBB setuju siasat dakwaan perogolan, pembunuhan, penyeksaan oleh tentera Myanmar

  Gambar fail menunjukkan Suu Kyi bercakap pada Perbincangan Global Perusahaan Antarabangsa di Singapura pada 30 November 2016. — Gambar AFP
NAFI KEKEJAMAN TENTERA: Gambar fail menunjukkan Suu Kyi bercakap pada Perbincangan Global Perusahaan Antarabangsa di Singapura pada 30 November 2016. — Gambar AFP

YANGON: Aung San Suu Kyi menafikan tentera ke-selamatan menjalankan pembersihan etnik ke atas orang Islam Rohingya di Myanmar, ketika beliau bercakap kepada BBC selepas majlis hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk menyiasat dakwaan tentang perogolan, pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tentera.

Kumpulan hak asasi manusia berkata ratusan orang daripada kumpulan tanpa negara itu maut dalam satu operasi tentera selama beberapa bulan ekoran serangan berdarah ke atas pos polis sempadan Myanmar.

Hampir 75,000 orang Rohingya sudah lari ke negara jiran Bangladesh di mana mereka telah menceritakan tentang laporan mengerikan mengenai penderaan tentera.

Pemimpin hakiki Myan-mar, Suu Kyi, seorang pe-nerima anugerah Nobel dengan bintang antarabangsa sebagai pembela hak asasi manusia yang semakin pudar berhubung layanan yang diberikan kepada masyarakat Rohingya, belum lagi bersuara untuk membela nasib masyarakat minoriti yang tertindas itu.

Beliau juga belum mengecam operasi yang dilancarkan, yang menurut penyiasat PBB yang bercakap kepada pelarian kemungkinan sama seperti pembersihan etnik dan jenayah kemanusiaan.

Sebaliknya beliau telah meminta ruang untuk menangani isu yang menimbulkan kemarahan itu di sebuah negara di mana lebih sejuta orang Rohingya dicaci sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Saya tidak fikir pembersihan etnik sedang berlaku,” kata Suu Kyi dalam satu temu ramah yang disiarkan menerusi televisyen kelmarin.

Saya rasa pembersihan etnik adalah satu ekspresi yang terlalu keras untuk digunakan bagi apa yang sedang berlaku.”

Kebanyakan orang Rohingya dinafikan kerakyatan. Puluhan ribu sudah tinggal di kem pelarian sejak 2012 ketika keganasan agama di antara orang Islam dengan pengikut Buddha berlaku di Negeri Rakhine, yang bersempadan dengan Bangladesh.

Keganasan terbaharu berlaku pada Oktober tahun lepas apabila puluhan anggota militan bersenjata yang mendakwa mewakili hak Rohingya menyerang hendap pos sempadan polis, yang mendorong tentera untuk menutup sebuah kawasan tanah terpencil sewaktu ope-rasi “pembersihan” udara dan darat yang meluas.

Pada bulan lepas majlis hak asasi manusia PBB bersetuju untuk menghantar misi mencari fakta bagi menyiasat dakwaan tentang penyeksaan, pembunuhan dan perogolan yang dikatakan dilakukan oleh anggota tentera.

Suu Kyi memberitahu BBC bahawa permusuhan begitu serius di Rakhine, yang bersempadan dengan Bangladesh.

Ia juga adalah orang Islam membunuh orang Islam yang mereka fikir bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Ia bukan sekadar perkara mengenai pembersihan etnik. Ia adalah satu perkara mengenai orang dari kedua-dua bahagian pemisah, dan pemisah inilah yang kita cuba tutup. Dengan sebaik mungkin dan bukannya memperluaskannya lagi,” katanya.

Myanmar telah melancarkan siasatan domestik tersendiri ke atas jenayah yang mungkin berlaku di Rakhine dan melantik bekas ketua PBB Kofi Annan untuk mengetuai satu suru-hanjaya yang ditugaskan untuk memulihkan perpecahan yang sudah lama meruap di antara pengikut Buddha dengan orang Islam.

Suu Kyi berkata angkatan tentera “tidak bebas untuk merogol, merompak dan menyeksa”.

Mereka bebas untuk ma-suk dan berjuang. Dan sudah tentulah, ia adalah dalam perlembagaan. Perkara keten-teraan seharusnya diserahkan kepada angkatan tentera,” katanya dan menambah beliau mahu meminda perlembagaan yang membolehkan angkatan tentera untuk menguasai pertahanan sepenuhnya.

Orang Rohingya yang lari daripada operasi tentera menceritakan tentang penderaan yang dahsyat kepada pekerja PBB, termasuk askar yang dikatakan membunuh bayi di hadapan ibu-ibu mereka, pembunuhan lelaki Rohingya sewenang-wenangnya dan pencabulan wanita secara berkumpulan yang berleluasa.

Dalam temu ramah itu, Suu Kyi cuba memberi jaminan kepada mereka yang lari bahawa “jika mereka kembali, mereka akan selamat”.

Partinya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) berdepan dengan pilihan raya kecil pada Sabtu lepas di seluruh negara, memenangi beberapa kerusi tetapi tewas di kawasan etnik minoriti termasuk Rakhine.

NLD memegang kuasa dalam pilihan raya bersejarah pada 2015 yang menamatkan pemerintahan tentera yang kejam selama setengah abad, tetapi pentadbiran negara menimbulkan kekecewaan dalam usahanya melaksanakan pembaharuan dan mengurangkan pergolakan. — AFP

Advertisement