Anda di sini

Serangan dron bunuh suspek Al-Qaeda di Yaman

Advertisement

ADEN: Satu serangan dron membunuh seorang suspek yang disyaki anggota militan Al-Qaeda di selatan Yaman, kata seorang pegawai keselamatan semalam, manakala Amerika Syarikat (AS) mempertingkatkan perang udara ke atas kumpulan pelampau tersebut.

Peluru berpandu ber-kenaan terkena pegawai wilayah Al-Qaeda, Ahmed Ali Saana, ketika dia me-nunggang motosikal lewat kelmarin di bandar Khabar al-Muraqasha dalam wilayah Abyan, satu sasaran penting bagi serangan dron baru-baru ini, kata pegawai tersebut yang enggan dikenali.

Pentagon sudah mengesah-kan lebih 70 serangan udara ke atas sasaran Al-Qaeda di Yaman sejak 28 Februari lalu.

Pegawai keselamatan Yaman melaporkan kematian puluhan suspek yang disyaki pejuang pelampau dalam serangan ke atas Abyan dan wilayah-wilayah jiran, Shabwa dan Baida.

Perang saudara selama lebih dua tahun di Yaman antara tentera kerajaan dengan pemberontak Syiah yang menguasai ibu negara telah mewujudkan kekosongan kuasa yang digunakan oleh Al-Qaeda untuk mengukuh-kan kehadirannya.

Serbuan komando ke atas Al-Qaeda dalam wilayah Baida merupakan operasi pertama yang diarahkan oleh Presiden AS Donald Trump selepas beliau memegang jawatan pada Januari lalu. — AFP

Advertisement