Anda di sini

Pembangkang lancar usaha pecat hakim ‘kudeta’

Advertisement
 Pelajar yang menentang Presiden Maduro bertempur dengan polis rusuhan semasa tunjuk perasaan di San Cristobal, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP
GARA-GARA MARAH: Pelajar yang menentang Presiden Maduro bertempur dengan polis rusuhan semasa tunjuk perasaan di San Cristobal, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Penggubal undang-undang pembangkang di Venezuela melancarkan usaha kelmarin untuk memecat hakim yang mereka tuduh melancarkan “kudeta” kehakiman untuk mengekal-kan kuasa presiden sosialis Nicolas Maduro.

Ia merupakan gerakan terbaharu dalam krisis politik yang menimbulkan kebimbangan mengenai demokrasi dan kestabilan di negara pengeksport minyak penting yang bergolak.

Namun usaha ahli-ahli Parlimen dijangka tidak akan berjaya kerana keputusan untuk memecat hakim bergantung kepada institusi kerajaan lain yang setia kepada kerajaan.

Pembangkang haluan kanan tengah menuduh hakim mencuba “kudeta” pada minggu lepas.

Mahkamah telah mengeluarkan keputusan untuk memindahkan kuasa menggubal undang-undang dewan kepada mahkamah dan menarik balik kekebalan penggubal undang-undang daripada pendakwaan.

Hakim kemudian menarik balik keputusan tersebut selepas dikecam oleh masya-rakat antarabangsa.

Penggubal undang-undang pembangkang kelmarin membahaskan usul untuk menuntut pemecatan hakim.

Mereka telah menjalankan kudeta dalaman yang ber-terusan,” kata Ahli Parlimen pembangkang kanan Henry Ramos Allup kepada dewan.

Kita perlu lari daripada-nya menerusi protes sivil, menjalankan fungsi kita di bawah perlembagaan dan tidak tunduk kepada kerajaan jahat yang gagal.”

Walaupun menarik balik keputusan pada minggu lepas, hakim-hakim mengekalkan beberapa keputusan lain yang membataskan kuasa dewan.

Mahkamah Agung dengan konsisten mengetepikan dewan undangan kebangsaan sejak majoriti pembangkang menduduki kerusi di sana pada Januari 2016.

Maduro sedang menentang usaha pembangkang untuk mengadakan undian bagi menggulingkannya dari kuasa.

Pembangkang menyalah-kannya bagi krisis ekonomi di Venezuela, manakala beliau pula menyalahkan konspirasi kapitalis.

Kejatuhan harga tenaga telah mengurangkan hasil pendapatan negara, yang menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan barangan asas selain pe-ningkatan dalam jenayah ganas.

Dalam perkembangan lain, pemberita AFP menyaksikan penunjuk perasaan dan polis rusuhan bertelingkah dengan pelajar yang berdemonstrasi kerana membantah keputusan mahkamah.

Pertelingkahan meletus kelmarin di kota barat San Cristobal, yang menyaksikan rusuhan berdarah dan pen-jarahan pada tahun lepas.

Pengarah universiti tempatan UNET memberitahu pemberita lebih 20 cedera dalam pertelingkahan kelmarin di San Cristobal.

Seramai 14 lagi cedera apabila protes ganas meletus di Universiti Carabobo di kota utara tengah Valencia.

Puluhan lagi cedera Selasa lepas dalam rusuhan yang serupa sewaktu protes di Caracas, kata kumpulan pembangkang. — AFP

Advertisement