Anda di sini

Lelaki miliki sarang burung curi dipenjara 12 bulan

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki mempunyai beberapa kesalahan lampau dijatuh hukuman penjara 12 bulan kerana memiliki harta curi berupa sarang burung belum diproses.

Lau Duong Nan, 50, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Februari, 2017, jam lebih kurang 3.35 pagi bertempat di sebuah rumah sarang burung di Jalan Kong Nyit Khim.

Dia didakwa menyimpan harta curi iaitu satu bungkus plastik warna putih yang mengandungi sarang burung yang belum diproses.

Bagi kesalahan itu, Lau didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Lau turut dijatuhi hukuman lima bulan penjara oleh mahkamah sama atas tuduhan mengambil dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine serta didakwa dibawah Seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 Januari, 2015, jam 10.26 malam bertempat di Balai Polis Sungai Merah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman penjara itu serentak bermula hari ini.

Advertisement