Anda di sini

Gambia adakan pilihan raya pertama pasca-Jammeh

Advertisement

BANJUL: Rakyat Gambia menyertai pilihan raya semalam buat pertama kali semenjak pengunduran pe-mimpin veteran Yahya Jammeh, dan beberapa parti dijangka memasuki Parlimen selepas pemerintahan satu parti yang berkesan selama 22 tahun.

Beberapa parti pembangkang bersatu untuk me-nubuhkan perikatan pada Disember lalu bagi menggulingkan Jammeh dari kuasa dan memberikan kemenangan kepada pembawa panji, Adama Barrow, untuk menjadi presiden baharu.

Namun ketegangan dalaman memecahbelahkan per-ikatan itu, yang bermakna sembilan parti bertanding dalam pilihan raya Parlimen semalam termasuk parti Jammeh, Perikatan bagi Pembinaan dan Orientasi Semula Patriotik (APRC) dan kuasa pembangkang tradisional yang paling kuat, Parti Demokratik Bersatu (UDP).

Mereka berdepan dengan ancaman yang signifikan daripada Kongres Demokratik Gambia (GDC), sebuah parti pimpinan belia yang tidak menyertai perikatan pemerintah, dan pemimpin mereka Mama Kandeh menduduki tempat ketiga dalam pemilihan presiden.

Lebih 880,000 rakyat Gambia layak mengundi, dan pusat undian dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Keputusan pertama di-jangkakan pada sebelah petang dan keputusan lengkap dijadualkan lewat pagi ini (Jumaat).

Tinjauan pendapat rasmi tiada di negara kecil barat Afrika itu, menjadikannya sukar untuk menentukan corak undian, tetapi ke-tiadaan rapat umum APRC yang dahulu mendominasi setiap jalan pada waktu berkempen membayangkan pengundi tidak mungkin akan memberi mereka majoriti sepenuhnya seperti      dalam pilihan raya pada masa lalu.

Sebanyak 53 kerusi menjadi rebutan dalam Dewan Negara Gambia, lima lebih banyak berbanding pada 2012, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC).

Lima tempat tambahan dilantik oleh presiden untuk memberikan jumlah keseluruhan 58 kerusi dalam dewan undangan, yang sekian lama dikecam kerana mengiakan sahaja perintah eksekutif Jammeh.

Kesatuan Afrika (AU), blok serantau ECOWAS dan Kesatuan Eropah (EU) telah menghantar pemerhati untuk memantau pengundi yang melaksanakan kewajipan dalam sistem unik di Gambia, di mana guli-guli disimpan ke dalam tong logam berwarna yang mewakili berbagai calon.

Miroslav Poche, ketua pemerhati EU dan Ahli Parlimen Eropah dari Republik Czech, memberitahu AFP bahawa IEC telah menunjukkan keadilan di bawah tekanan yang hebat dengan menentang Jammeh ketika beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun lepas dan memfailkan tindakan undang-undang terhadap badan tersebut. 

IEC sudah membuktikan diri sewaktu pilihan raya pre-siden pada Disember 2016,” katanya tetapi menambah sistem dram guli-guli adalah satu “cabaran besar” bagi pasukan sokongan teknikalnya.

Ia adalah kali pertama EU menghantar misi pemerhati sepenuhnya ke Gambia, dan ia telah membiayai pilihan raya itu pada waktu tabung dana kerajaan hampir kosong.

Tentera Afrika Barat kekal di bumi Gambia tiga bulan selepas pengunduran Jammeh, dan akan kekal di sana sehingga Barrow berpuas hati pembaharuan badan kese-lamatan sudah menyingkirkan elemen penyangak dari angkatan tentera. — AFP

Advertisement