Anda di sini

Enam pekerja peruncitan disyaki terlibat pecah amanah dibebas

Advertisement

SIBU: Enam daripada tujuh suspek sebuah syarikat peruncitan didakwa terlibat dengan kes pecah amanah berjumlah lebih RM825,000, dibebas mahkamah di sini kelmarin.

Perintah itu yang dikeluarkan terhadap keenam-enam suspek pertama yang ditahan pada Jumaat lepas manakala eorang lagi suspek ditahan pada tengah hari Ahad lepas.

Kesemua suspek merupakan pekerja syarikat peruncitan terbabit, berusia antara 19 hingga 23 tahun, termasuk empat wanita.

Jenayah pecah amanah terbabit dipercayai berlaku sejak dua tahun lepas dan hanya disedari pihak syarikat setelah mendapati ketidakseimbangan dalam pengurusan stok barangan.

Pihak syarikat kemudian menjalankan siasatan dalaman dan mendapati kesalahan pecah amanah dipercayai dilakukan oleh pekerjanya sendiri sejak Oktober 2015 hingga sekarang.

Kesemua pekerja terbabit sebelum ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Modus operandi suspek terbabit meraih keuntungan dengan menjual barangan milik syarikat untuk kepentingan peribadi.

Advertisement