Anda di sini

MyIHAB integrasikan sepenuhnya data bagi penyelesaian ekosistem halal JAKIM

Advertisement
 Ahmad Zahid menunjukkan ‘Ebook MABIMS’ yang diterima daripada Acting Director of the IDB Regional Office, Kunrat Wirasubrata (kanan) pada Konvensyen Badan Pensijilan Halal Ke-8 di Sepang kelmarin. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (dua kanan). — Gambar Bernama
DILANCAR: Ahmad Zahid menunjukkan ‘Ebook MABIMS’ yang diterima daripada Acting Director of the IDB Regional Office, Kunrat Wirasubrata (kanan) pada Konvensyen Badan Pensijilan Halal Ke-8 di Sepang kelmarin. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (dua kanan). — Gambar Bernama

SEPANG: Malaysia membangunkan Sistem Pihak Berkuasa dan Badan Halal Antarabangsa Malaysia (MyIHAB), untuk mengintegrasikan pendaftaran dalam talian dan sistem pengurusan dengan pangkalan data berpusat Penyelesaian Ekosistem Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang pertama di dunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem tersebut, yang dilancarkan pada malam kelmarin, merupakan titik permulaan bagi Malaysia untuk melangkah ke hadapan ke arah mewujudkan Lembaga Akreditasi Halal Antarabangsa dalam masa terdekat.

Ini menunjukkan kerajaan amat menitikberatkan mengenai peranan yang dimainkan oleh Badan Pensijilan Halal Diiktiraf (RHCB) dalam memperkasakan Pensijilan Halal Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen Badan Pensijilan Halal Ke-8 di sini kelmarin.

Malaysia mempunyai 67 RHCB dari 40 negara, semuanya komited untuk membangunkan industri halal di seluruh dunia dengan memperkasakan Pensijilan Halal dengan ekonomi global.

Oleh itu, katanya langkah-langkah penting telah diambil untuk mengekalkan integriti, kesaksamaan, kerahsiaan dan kesedaran yang tinggi mengenai Pensijilan Halal.

Kita perlu ingat tanggungjawab perlu sentiasa dilaksanakan untuk menjamin kredibiliti kita sebagai Badan Pengesah Halal, selain menyakinkan pelanggan dan rakan kongsi kita, masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia terus komited untuk menjadi penggiat yang penting dalam pasaran halal global dan akhirnya, hab halal dunia.

Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk terus meningkatkan dan mempromosikan halal untuk menjadi jenama yang premium, yang berkaitan dengan kualiti, keselamatan dan kesihatan yang baik.

Insya-Allah, melalui pembangunan ekonomi dan industri halal, kita akan melihat impak positif Islam dan umat Islam dalam perniagaan dan perdagangan di seluruh dunia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata halal merupakan jenama yang telah wujud dengan penguasaan pasaran yang besar.

Permintaan bagi produk dan makanan halal bukan kecil. Pada tahun lepas sahaja, kira-kira RM37.02 bilion dipasarkan di negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, China dan negara-negara lain.

Permintaan untuk produk halal semakin meningkat dan kami menyasarkan kira-kira RM40 bilion pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga komited untuk membangunkan kapasiti atau keupayaan RHCB melalui pelbagai program pembangunan, bimbingan dan rundingan. — Bernama

Advertisement