Anda di sini

Anak Trump akui nepotisme ‘faktor hidup’

Advertisement
 Gambar fail 23 Februari lalu menunjukkan Kushner mengiringi Trump semasa mesyuarat bersama para ketua pegawai eksekutif pengeluaran di Rumah Putih, Washington DC. — Gambar AFP
NEPOTISME: Gambar fail 23 Februari lalu menunjukkan Kushner mengiringi Trump semasa mesyuarat bersama para ketua pegawai eksekutif pengeluaran di Rumah Putih, Washington DC. — Gambar AFP

NEW YORK: Abang ipar Jared Kushner adalah penasihat kanan Rumah Putih, begitu juga kakaknya Ivanka manakala beliau sendiri membantu menguruskan perniagaan keluarga — Eric Trump percaya nepotisme adalah faktor kehidupan.

Anak lelaki kedua presiden Amerika Syarikat (AS) itu membuat kenyataan mengejut itu dalam temu bual dengan Forbes yang disiarkan kelmarin ketika Kushner turut serta dalam rundingan di Iraq, melawat negara sekutu utama AS itu meskipun Setiausaha Luar Rex Tillerson belum lagi berkunjung secara rasmi ke sana.

Nepotisme boleh dikatakan faktor kehidupan,” Eric, 33, dipetik sebagai berkata oleh Forbes dari Menara Trump di New York, di mana beliau dan abangnya, Donald Trump Jr., 39, menguruskan syarikat keluarga ketika ayah mereka menduduki Rumah Putih.

Kami mungkin berada di sini disebabkan oleh nepotisme, namun kami masih berada di sini bukan kerana nepotisme.

Anda tahu, sekiranya kami tidak melakukan tugas dengan baik, sekiranya kami tidak kompeten, percayalah kepada saya, kami tidak akan berada dalam kedudukan ini,” tambah beliau.

Forbes menyatakan temu bual itu dibuat Februari lepas, sebelum Rumah Putih mengumumkan pada minggu lepas bahawa Ivanka, 33, anak perempuan Presiden Donald Trump sebagai kakitangan persekutuan dan penasihat tidak berbayar kepada ayahnya.

Trump berdepan dengan kecaman berang daripada pihak lawan politiknya dan pakar etika mengenai menumpukan kuasa di tangan ahli keluarga dan kerana menolak untuk berundur sepenuhnya dari konglomerat antarabangsa Organisasi Trump yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Kushner, 36, merupakan salah seorang pembantu presiden yang paling dipercayai dengan kuasa jawatan yang luas meliputi polisi domestik dan luar negara.

Beliau sedang melawat Iraq bersama Jeneral Joseph Dunford, pengerusi Ketua Staf Bersama.

Seperti mana ayah mentuanya, beliau tidak memiliki pengalaman sebelum ini dalam kerajaan namun menguasai perniagaan penerbitan majalah dan hartanah New York dalam peningkatan cemerlang sebagai antara tugas paling berkuasa di Washington.

Kedudukannya berada di bawah kawalan ketat sejak dokumen mendedahkan beliau dan Ivanka mengharapkan pendapatan pelaburan bernilai sehingga AS$740 juta sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan konflik berkepentingan.

Januari lepas Trump menyerahkan kawalan Organisasi Trump kepada anak lelakinya, namun menolak cadangan agar beliau menjual semua asetnya dalam dana gelap bagi mengelakkan sebarang kemungkinan disyaki rasuah.

Eric memberitahu Forbes ayahnya tidak akan mengharapkan beliau dan abangnya melainkan mereka mampu melakukannya.

Semestinya lapan tahun lepas, beliau tidak berbuat sedemikian, Saya fikir kami kemungkinan sudah terlalu besar bagi persoalan yang diberikan kepadanya,” beliau memberitahu majalah.

Saya berharap kami akan mendapat pengiktirafan,” ujarnya lanjut.” — AFP

Advertisement