Anda di sini

Lelaki dipenjara dua bulan kerana mengugut

Advertisement

MIRI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Thomas Bala, 41, dari Kampung Lusut Taman Tunku didapati melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak mencederakan Kejan Aran, 67.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 9 pagi, pada 28 Mac lalu di sebuah rumah Kampung Pasir Putih, Jalan Perpaduan Taman Tunku di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement