Anda di sini

Kastam Australia temui kargo eksotik hidup

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Pertanian dan Sumber Air semalam menunjukkan haiwan yang ditemui dalam kotak kasut di bilik mel Melbourne. — Gambar AFP
MASIH HIDUP: Gambar serahan Jabatan Pertanian dan Sumber Air semalam menunjukkan haiwan yang ditemui dalam kotak kasut di bilik mel Melbourne. — Gambar AFP

SYDNEY: Beberapa pegawai kastam Australia dikejutkan dua kotak kasut yang tiba dari Eropah apabila menemui ular berbisa, labah-labah eksotik dan kala jengking menjalar di dalam ‘kargo mengerikan’ itu.

Penemuan luar biasa itu dibuat di Melbourne bulan lepas dalam dua kotak bertanda kasut yang dihantar melalui mel dalam penghantaran yang dikenal pasti dari utara Eropah.

Bungkusan itu termasuk enam ular tedung beracun dari Asia Tenggara, tiga ular sawa bola, sembilan labah-labah tarantula besar dari Mexico, Brazil dan Colombia, selain kala jengking hutan Asia.

Anggota Pasukan Sempadan Australia, dalam kenyataan semalam bertajuk ‘Kargo Menggeliang-geliut’, menyatakan ia menimbulkan isu serius risiko tinggi ancaman keselamatan biologi kerana boleh membawa haiwan perosak dan penyakit yang tidak wujud di Australia.

Namun Jabatan Pertanian dan Sumber Air turut melihat dari segi yang lebih baik.

“Penemuan ini dilihat sebagai cubaan jelas untuk melanggar peraturan yang dilaksanakan bagi melindungi kita semua,” kata Lyn O’Connell, pegawai jabatan yang bertanggungjawab atas keselamatan biologi.

“Tiada labah-labah yang setanding dengan laman keselamatan biologi kami, kami berjaga-jaga apabila terdapat kala jengking dalam mel dan sekiranya anda cuba menghantar ular eksotik, berhati-hatilah jika melanggar peraturan dengan niat, kami akan membalas balik dengan kuasa sepenuhnya undang-undang.”

Siasatan kini menjejaki sumber penghantaran di mana pihak berkuasa percaya ia ditujukan bagi pasaran gelap, di mana reptilia hidup mendapat banyak permintaan sebagai haiwan peliharaan. — AFP

Advertisement