Anda di sini

Colombia rampas lebih 6 tan kokain

Advertisement

Dadah tersembunyi dalam kontena besi buruk, Mocoa terus ‘menangis’

 Anggota tentera berkawal berhampiran bungkusan mengandungi kokain hasil rampasan polis di Barranquilla, kelmarin. — Gambar Reuters
TIMBUNAN DADAH: Anggota tentera berkawal berhampiran bungkusan mengandungi kokain hasil rampasan polis di Barranquilla, kelmarin. — Gambar Reuters

BOGOTA: Pihak berkuasa Colombia merampas 6.1 tan kokain di bandar pelabuhan utara Barranquilla yang cuba dihantar ke Sepanyol dalam kargo besi buruk, menurut kerajaan kelmarin ketika banjir lumpur di bandar Colombia membunuh sekurang-kurangnya 254 orang, menurut Presiden Juan Manuel Santos.

Rampasan pada malam Jumaat itu merupakan yang ketiga terbesar dalam sejarah Colombia dan mempunyai nilai pasaran 200 juta euro, jelas pihak berkuasa.

Menteri Pertahanan Luis Carlos Villegas menyatakan dadah tersebut milik Gulf Clan, kumpulan jenayah terancang terbesar di Colombia.

Ejen antinarkotik menemui kokain di dalam kontena yang dipenuhi besi buruk untuk dihantar ke pelabuhan Algeciras di Sepanyol.

Sementara itu, Santos yang meninjau sendiri operasi bantuan ke bandar selatan Mocoa, memberi amaran angka kematian mungkin meningkat kerana lebih 200 turut cedera.

Berlumuran lumpur, Marta Gomez, 38, mencari anak saudara perempuannya yang hilang tetapi sebaliknya menemui mayat seorang bayi.

Pekerja penyelamat bekerja dalam kepanasan lembap di bawah langit mendung di bandar terpencil Amazon itu yang merupakan ibu daerah Putumayo.

Kebanyakan kawasan kejiranan paling terjejas di bandar yang mempunyai 40,000 penduduk itu adalah miskin dan dihuni penduduk yang kehilangan tempat tinggal semasa perang saudara lima dekad Colombia.

Pihak berkuasa kesihatan telah menghantar pakar sanitasi untuk mencegah meletusnya wabak penyakit.

Santos berkata, empat loji rawatan air kecemasan akan diwujudkan bagi mengelak wabak dan krisis kesihatan awam yang lebih besar.

Tawaran bantuan yang tidak dijangkakan juga dibuat Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), kumpulan pemberontak haluan kiri yang kini terlibat dalam proses damai bersejarah dengan kerajaan, di mana ia berkata anggotanya bersedia membantu membina semula bandar tersebut. — AFP

Advertisement