Anda di sini

Konflik kepentingan di Rumah Putih era Trump

Advertisement
 Gambar fail 5 Mac lalu menunjukkan Ivanka dan Kushner menuruni tangga pesawat rasmi Air Force One bersama anak-anak mereka Arabella, Joseph (tengah) dan Theodore di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland. — Gambar AFP
PENGARUH BESAR: Gambar fail 5 Mac lalu menunjukkan Ivanka dan Kushner menuruni tangga pesawat rasmi Air Force One bersama anak-anak mereka Arabella, Joseph (tengah) dan Theodore di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland. — Gambar AFP

Empayar perniagaan keluarga kuasai pentadbiran AS

WASHINGTON: Anak perempuan Donald Trump, Ivanka, dan suaminya Jared Kushner memiliki pelaburan hartanah dan perniagaan yang dinilai ratusan juta ketika bekerja dalam kerajaan, menurut kepada pemfailan etika yang dikeluarkan lewat kelmarin oleh Rumah Putih.

 Pendedahan muncul susulan penyerahan dokumen besarbesaran yang menunjukkan kekayaan dan aset kewangan beberapa kakitangan kanan Rumah Putih pada masa mereka memulakan tugas dalam kerajaan.

 Pent adbi r an Trump dipercayai antara yang terkaya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), dengan Bloomberg menganggarkan kabinet dan kakitangan kanannya bernilai kira-kira AS$12 bilion.

 Saham Ivanka dalam Trump International Hotel, hanya beberapa blok dari Rumah Putih, merupakan sumber pendapatan yang boleh menyebabkan konfl ik kepentingan.

 Dokumen Rumah Putih menunjukkan Ivanka dan Kushner, yang secara rasminya menjadi penasihat kanan presiden, masih mendapat pendapatan dari syarikat yang dianggarkan bernilai di antara AS$240 juta dan AS$740 juta.

 Ivanka yang hanya beberapa hari lepas mengumumkan beliau akan memasuki secara rasminya jawatan persekutuan sebagai penasihat tidak bergaji kepada presiden, akan terus memegang sahamnya dalam Trump International Hotel.

 Menurut pendedahan suaminya saham hotel itu bernilai di antara As$5 juta dan AS$25 juta.

 Antara Januari 2016 dan Mac 2017, beliau memperolehi antara AS$1 juta dan AS$5 juta bagi sewaan atau royalti dari hotel tersebut, menurut dokumen itu.

 Baru-baru ini Kushner disebut bapa mentuanya untuk mengetuai sebuah pejabat baharu Rumah Putih yang bertujuan menggunakan idea perniagaan bagi membantu menguruskan kerajaan, menurut Washington Post.

 Lelaki berusia 36 tahun itu merupakan penasihat kanan kepada Trump dengan pengaruh yang amat besar ke atas polisi domestik dan luar negara.

 Kushner meninggalkan kedudukan pe r ingka t tinggi dalam lebih 200 entiti berkaitan perniagaan har tanah keluarganya, menurut dokumen tersebut, namun akan terus untuk memperolehi hasil daripada banyak syarikat yang berkaitan dengan empayar perniagaan yang dijalankannya bersama ayahnya.

 Pendedahan Rumah Putih itu turut memperincikan maklumat mengenai aset Gary Cohn, bekas presiden Go ldman S a chs y ang mengetuai Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih, dan Steve Bannon, ketua strategi Donald Trump.

 Cohn melaporkan aset di antara AS$253 dan AS$611 juta, dan pendapatan pada 2016 adalah sehingga AS$77 juta.

 Aset paling penting Bannon adalah firma rundingan swastanya, dinilaikan di antara AS$5 juta dan AS$25 juta.

 Beliau juga mempunyai hartanah yang disewakan bernilai hingga AS$10.5 juta, dan sehingga AS$2.25 juta di dalam bank.

 Bannon melaporka n AS$191,000 bagi fi konsultasi yang diperolehi dari syarikat konservatif Breitbart News Network, yang pernah diterajuinya, selain lebih AS$125,000 untuk kerja dalam fi rma data Cambridge Analytica, yang bertugas untuk kempen Trump, dan lebih AS$61,000 dalam bentuk gaji untuk kumpulan bukan perniagaan konservatif.

 Sebelum menjawat jawatan pada Januari Trump menyatakan beliau akan menyerahkan secara rasmi kawalan ‘ lengkap dan sepenuhnya’ bagi empayar perniagaannya kepada anak lelakinya Don Jr dan Eric, dalam usaha mengelakkan konflik kepentingan namun beliau tidak akan meninggalkan syar ikat perniagaannya.

 Organisasi Trump, yang mana rangkaian hotel, kelab golf dan menara kediaman mewah di sekitar 20 negara, tidak disenaraikan dalam pasaran saham, sekali gus tidak mengeluarkan statistik umum.

 Don Jr, 38, dan Eric, 32, merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya.

 Mereka sekarang merupakan timbalan presiden eksekutif dalam Organisasi Trump.  — AFP

Advertisement