Anda di sini

Pakej istimewa untuk alat bantuan pendengaran

Advertisement
 Kakitangan 20dB Hearing menunjukkan dua pakej istimewa alat bantuan pendengaran sempena Hari Ibu dan Bapa bermula hari ini hingga hujung bulan Jun ini.
PAKEJ ISTIMEWA: Kakitangan 20dB Hearing menunjukkan dua pakej istimewa alat bantuan pendengaran sempena Hari Ibu dan Bapa bermula hari ini hingga hujung bulan Jun ini.

Tawaran daripada 20dB Hearing sehingga hujung Jun ini

KUCHING: Pakar alat bantuan pendengaran iaitu 20dB Hearing, menawarkan pakej istimewa sempena Hari Ibu dan Bapa bermula hari ini, 1 April hingga hujung bulan Jun ini.

 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 20dB Hearing, Mok Yong Yaw berkata, tawaran istimewa ini adalah sebagai hadiah bagi menghargai mereka yang bergelar ibu dan bapa.

 “Kebanyakan daripada golongan yang sudah berumur menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen tetapi disebabkan masalah pendengaran mereka tidak dapat menikmati apa yang mereka tonton.

 “Jadi, sempena dengan sambutan Hari Ibu dan Bapa ini, kami di 20dB Hearing menawarkan pakej istimewa alat bantuan pendengaran untuk membantu ibu bapa anda menonton dan mendengar televisyen dengan lebih jelas tanpa gangguan.

 “Selain itu, kami turut menawarkan satu pakej alat bantuan pendengaran istimewa iaitu pakej perbualan telefon mudah bagi memudahkan ibu bapa anda berbual dengan anda menerusi telefon bimbit,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui di premis 20dB Hearing yang terletak di Tingkat 2, Bangunan 3S Curve, Jalan Simpang Tiga di sini semalam.

 Mengulas lebih lanjut mengenai dua pakej istimewa ini, Mok berkata ia ditawarkan pada harga bermula daripada RM5,600 mengikut tiga pilihan jenama iaitu Unitron (Kanada), ReSound (Denmark) atau Siemen (Jerman).

 Mereka yang melanggan pakej ini dalam tempoh tiga bulan ini juga akan menikmati penjimatan jika mengimbas kod QR menerusi telefon pintar untuk menebus baucer bernilai RM500.

 Pakej ini juga boleh didapati dengan pelan pembayaran mudah bermula daripada RM220 sebulan untuk tempoh sehingga 36 bulan.

 Dalam pada itu, mereka yang mahu melanggan pakej ini perlu membuat ujian pendengaran terlebih dahalu bagi menentukan alat bantuan pendengaran yang bersesuaian dengan kondisi pengguna.

 Khidmat rundingan dan temujanji boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas 20dB Hearing di nombor 1800 88 2032 atau WeChat/ WhatsApp ke 012-9427729 atau layari laman web www. 20dBhearing.com atau facebook.com/20dBMalaysia.

 Selain premis di S3 Curve, Kuching, dua pakej istimewa ini juga boleh didapati di Borneo Medical Centre di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu dan lain-lain cawangan di seluruh negara.

  • oleh
  • Advertisement