Anda di sini

Siri jelajah tahunan SME BizFestTM 2017 pilih Sarawak lokasi kedua

Advertisement
 Imri (tiga kanan) melihat pakej-pakej langganan menarik yang ditawarkan oleh TM untuk para pengguna di negara ini. Turut kelihatan Khaidhir (kanan) dan Sarbini (dua kanan).
MENARIK: Imri (tiga kanan) melihat pakej-pakej langganan menarik yang ditawarkan oleh TM untuk para pengguna di negara ini. Turut kelihatan Khaidhir (kanan) dan Sarbini (dua kanan).

KUCHING: Sarawak dipilih sebagai lokasi kedua bagi program siri jelajah tahunan SME BizFestTM 2017 ke seluruh negara anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM).

 Bertemakan ‘Dominasi dengan Inovasi:Go Digital’, program sehari itu semalam berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini dengan menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

 Berucap pada majlis itu, Naib Presiden Eksekutif, Penguna dan PKS TM, Imri Moktar berkata Sarawak merupakan antara lima negeri dengan PKS tertinggi di Malaysia.

 Malah katanya, dengan kedudukan geografinya yang berhampiran dengan Brunei di mana kuasa pengguna adalah tinggi, terdapat potensi besar untuk diterokai oleh syarikatr-syarikat PKS Sarawak.

 “Kita sekarang bergerak ke arah menjadi sebuah negara digital di mana 68 peratus daripada populasi kita merupakan pengguna aktif Internet.

 “Perubahan gaya hidup ini secara langsung mencipta peluang di mana perniagaan telah berubah dan disesuaikan dengan perubahan pesat tabiat pelanggan.

 “Justeru, PKS Sarawak dan Malaysia amnya perlu membuat pembaharuan pada cara menjalankan perniagaan agar relevan dengan masyarakat digital,” katanya.

 Tambah Imri, penggunaan digital merupakan kunci utama bagi PKS mendahului persaingan dan TM sebagai rakan usaha sama pilihan PKS terus berusaha untuk menawarkan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh kepada PKS untuk memenuhi hasrat mereka dalam meningkatkan jualan.

 “SME BizFestTM diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran di kalangan PKS mengenai penggunaan teknologi digital dalam menjalankan perniagaan mereka.

 “Bagi tujuan itu, TM pada program hari ini turut membawa bersama beberapa ikon dan pakar perniagaan terkenal untuk berkongsi tip perniagaan dan memberi inspirasi kepada PKS kita,” katanya pada sidang media sempena program itu semalam.

 Turut hadir, Naib Presiden Pengguna PKS TM, Khaidhir Elias dan Pengurus Besar TM Sarawak, Sarbini Hamdan.

 Bercakap mengenai program itu, sesi persidangan SME BizFestTM 2017 di BCCK semalam terbahagi kepada dua kluster utama iaitu Semangat Keusahawanan dan Teknologi & Digital.

 Antara barisan penceramah yang hadir di lokasi kedua daripada lima lokasi siri jelajah program ini ialah, Adnan Lee, Pengarah Urusan MBG Fruits bagi memberi inspirasi kejayaan kepada PKS yang lain serta ramai lagi.

 SME BizFestTM 2017 turut berkongsi maklumat terkini mengenai bidang kepakaran masing-masing dan mendapat sokongan daripada SME Corporation Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama dengan Bank Islam Malaysi Berhad sebagai rakan platinum dan JomPay (Myclear) sebagai rakan perak.

 Sempena dengan SME BizFestTM 2017, TM turut menawarkan kempen promosi SME BizFestTM istimewa yang menawarkan semua PKS dengan pakej yang direka khas yang terdiri daripada sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dan penyelesaian tambah nilai ICT dengan penjimatan lebih daripada RM2,000 apabila mereka mendaftar sepanjang acara tersebut.

 Para delegas i SME BizFestTM 2017 juga akan menerima cenderahati eksklusif apabila mereka melanggan produk dan perkhidmatan TM semasa acara ini berlangsung.

 Selepas Sarawak, SME BizFestTM akan diteruskan di tiga lagi lokasi iaitu Kota Bharu, Kelantan pada 4 April, Johor Bahru, Johor pada 11 April dan Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Mei.

Advertisement