Anda di sini

Sembilan aktivis Pergerakan Payung didakwa di mahkamah Hong Kong

Advertisement
 Penunjuk perasaan prokerajaan menggunakan selipar untuk menampar gambar sembilan aktivis yang tampil di Mahkamah Daerah Timur semalam berhubung tunjuk perasaan besar-besaran Pergerakan Payung pada 2014. — Gambar AFP
TAMPAR: Penunjuk perasaan prokerajaan menggunakan selipar untuk menampar gambar sembilan aktivis yang tampil di Mahkamah Daerah Timur semalam berhubung tunjuk perasaan besar-besaran Pergerakan Payung pada 2014. — Gambar AFP

HONG KONG: Sembilan aktivis demokrasi Hong Kong tampil di mahka-mah semalam berhubung tunjuk perasaan besar-besaran Pergerakan Payung dalam kes yang dikritik mereka sebagai penindasan politik.

Kumpulan aktivis itu, termasuk pelajar dan penggubal undang-undang, didakwa sehari selepas pemimpin pro-Beijing, Carrie Lam, dipilih sebagai pemimpin bandar raya pada Ahad lepas oleh sebuah jawatankuasa yang condong ke arah kem tanah besar.

Kes mereka muncul ketika kebimbangan meningkat bahawa kebebasan Hong Kong yang separa autonomi semakin diancam oleh pihak berkuasa China.

Ia turut berlaku sebelum lawatan yang dijangkakan oleh Presiden China, Xi Jinping, pada Julai untuk memperingati ulang tahun ke-20 penyerahan semula Hong Kong kepada China oleh Britain pada 1997. 

Sembilan aktivis terbabit, yang berusia dari 22 hingga 73 tahun, didakwa sama ada dengan tuduhan berkonspirasi untuk menyusahkan orang ramai atau menghasut orang lain untuk berbuat demikian yang ada kaitan dengan protes 2014, yang menuntut pemilihan kepimpinan yang bebas sepenuhnya.

Mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Kes mereka ditangguhkan sehingga 25 Mei selepas pendengaran ringkas di mah-kamah majistret, di mana pihak pembelaan memohon perbicaraan juri di Mah-kamah Tinggi supaya orang awam dapat mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

Mereka belum lagi mengemukakan pengakuan.

Penunjuk perasaan dari kem prodemokrasi dan kem pro-China bersemuka di luar mahkamah, sambil melaung ke arah satu sama lain.

Beberapa penyokong pro-China menampar gambar aktivis Benny Tai dengan selipar plastik berwarna merah jambu, yang mengolok satu adat tempatan yang diamalkan oleh sebahagian penduduk di mana kasut digunakan untuk memukul imej musuh.

Tai, yang bercakap di luar mahkamah, memberitahu pemberita bahawa aktivis tidak akan berputus asa dalam usaha memperjuangkan demokrasi di Hong Kong.

Saya percaya masyarakat kita penuh dengan semangat keingkaran sivil,” kata Tai, pengasas bersama Occupy Central, salah satu kumpulan di sebalik rapat umum Pergerakan Payung pada 2014.

Kami tidak akan berputus asa sehingga Hong Kong mempunyai demokrasi yang tulen dan kebebasan meng-undi yang benar-benar sejagat,” tambahnya.

Kumpulan hak asasi ma-nusia, Amnesty International, mengecam tuduhan yang dikemukakan, dan berkata kes itu menunjukkan kebebasan ekspresi dan hak untuk berhimpun dengan aman di bandar raya itu mengalami “serangan berterusan”.

Lam, pemimpin baharu, berjanji untuk cuba menyatukan Hong Kong tetapi penentang berkata kes mahkamah itu serta-merta memungkiri janji tersebut.

Pemilihan Ahad lepas di-tolak sebagai satu sandiwara oleh aktivis demokrasi yang mendakwa Lam tidak akan berlainan daripada ketua eksekutif sekarang yang tidak popular, Leung Chun-ying. — AFP

Advertisement