Anda di sini

Kesatuan Eropah ikrar perpaduan

Advertisement

Beberapa jam selepas Britain secara rasmi memulakan prosedur Brexit

 Pembantah Brexit, memakai kepala gergasi Theresa May, memegang plakad di luar Parlimen pada hari perdana menteri mengumumkan beliau secara rasmi memulakan prosedur untuk memisahkan Britain dari EU di London, kelmarin. — Gambar Reuters
PROTES: Pembantah Brexit, memakai kepala gergasi Theresa May, memegang plakad di luar Parlimen pada hari perdana menteri mengumumkan beliau secara rasmi memulakan prosedur untuk memisahkan Britain dari EU di London, kelmarin. — Gambar Reuters

LONDON: Dengan masa yang semakin singkat bagi keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah (EU), kepimpinan blok tersebut menjanjikan perpadu-an, manakala di London, kerajaan bersedia untuk memulakan tugasan berat bagi memisahkan diri dari Brussels.

Ini adalah waktu untuk bersatu,” kata ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker, kelmarin, beberapa jam selepas Britain secara rasmi memulakan prosedur untuk menamatkan keahliannya selama 44 tahun dalam EU.

Dengan hanya dua tahun sahaja diramalkan bagi rundingan, Juncker berkata hak warga EU akan menjadi perkara utama dalam agenda.

Menyelesaikan bil keluar Britain – dianggarkan oleh Suruhanjaya sebanyak 60 bilion euro (RM288 bilion) – juga akan menjadi ke-utamaan apabila rundingan bermula nanti, dijangkakan pada pertengahan hingga hujung Mei.

Namun demikian, sebelum rundingan bermula lagi, Britain semalam memulakan tugasan amat mencabar untuk memasukkan rang undang-undang EU apabila perpisahan berkenaan dimuktamadkan nanti.

Dalam ucapannya di Parlimen kelmarin, Perdana Menteri Theresa May berkata ia adalah penting “supaya pada hari kita keluar, semua orang tahu peraturan itu masih diguna pakai dan semua orang tahu di mana kedudukan mereka”.

Kerajaan menerbitkan satu dokumen dasar “kertas putih” semalam yang menggariskan rancangan untuk memper-baharui undang-undang, yang sama ada lebih baik atau lebih buruk akan memberi peluang kepada ahli Parlimen untuk meminda undang-undang apabila ia diletakkan di bawah sistem kebangsaan.

Sementara itu Juncker akan berjumpa di Malta dengan Presiden EU Donald Tusk, Canselor Jerman Angela Merkel, dan Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy.

Tusk mengucapkan selamat jalan kepada Britain kelmarin, selepas menerima “surat perceraian” kerajaan Britain yang mencetuskan Artikel 50 dalam Perjanjian Lisbon EU – fasal keluar.

Merkel meminta rundingan yang “adil dan membina” dan pada waktu yang sama menepis keinginan Britain untuk mengadakan rundingan keluar serentak dengan rundingan mengenai hubu-ngannya pada masa depan dengan EU.

Pasar saham Eropah ditutup naik sedikit kelmarin tetapi peniaga berkata pelabur umumnya sudah “memasuk-kan harga” Brexit.

Britain ada masa selewat-lewatnya sehingga Oktober 2018 untuk mengemukakan draf pelan perceraian, kata perunding Brexit bagi Suruhanjaya, Michel Barnier.

Sementara May menegas-kan Januari lalu bahawa “tiada perjanjian adalah lebih bagus daripada perjanjian buruk”, dalam surat Brexit, beliau menggunakan nada yang lebih bertolak ansur dan menyeru kepada Britain dan EU untuk “berusaha gigih” bagi mengelak kegagalan dalam rundingan.

Senario Britain keluar dari blok Eropah tanpa sebarang perjanjian telah mencemaskan ketua-ketua perniagaan, yang turut menekankan tentang keperluan bagi satu rancangan peralihan untuk memboleh-kan perjanjian perceraian dilaksanakan secara beransur-ansur.

Ketua perunding Brexit dalam Parlimen Eropah, Guy Verhofstadt, berkata tempoh peralihan sedemikian harus dihadkan kepada tiga tahun.

Tusk dijangka mengeluarkan draf “garis panduan run-dingan” pada Jumaat (waktu tempatan) dan pemimpin 27 negara lain yang masih menjadi ahli EU akan mengadakan sidang kemuncak khas pada 29 April untuk mengesahkan rancangan tersebut.

Sementara blok itu cuba menunjukkan perpaduan dalam mendepani Brexit, ketika ia meraikan ulang tahun EU yang ke-60 pada awal bulan ini, di Britain, perdana menteri berdepan dengan kesukaran untuk menyatukan negaranya sendiri.

Rakyat Britain pada tahun lepas mengundi 52 peratus berbanding 48 peratus untuk menyokong Brexit, yang menyebabkan negara itu begitu berpecah-belah dan puluhan ribu penunjuk perasaan pro-EU berarak di London pada Sabtu lepas. 

Keputusan pungutan suara itu juga membawa kepada kebangkitan kempen kemerdekaan Scotland, selepas orang Scot mengundi untuk kekal dalam EU tetapi mereka tewas pada peringkat kebangsaan.

Wahai Donald Tusk kami akan melihat EU tidak lama lagi’ kata tajuk berita utama semalam dalam akhbar pro-kemerdekaan di Scotland, The National.

Sementara itu akhbar The Telegraph menyifatkan Brexit sebagai ‘Saat amat indah’ di muka surat depannya, yang memetik Menteri Luar Boris Johnson yang memainkan peranan amat penting dalam kempen keluar.

Kita ada setiap sebab, dalam realiti, untuk melimpah dengan keyakinan,” Johnson menulis dalam akhbar ter-sebut. — AFP

Advertisement