Anda di sini

Tabung buluh bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak

Advertisement
 Ahmad Saad menyusun tabung buluh yang dibuat sendiri untuk dijual di Pasar Karat Kampung Berjaya. Tabung buluh yang dibuat 100 peratus buatan tangan itu boleh didapati dalam saiz XS hingga XXXL dengan harga semurah RM3 hingga RM15. — Gambar Bernama
MURAH DAN CANTIK: Ahmad Saad menyusun tabung buluh yang dibuat sendiri untuk dijual di Pasar Karat Kampung Berjaya. Tabung buluh yang dibuat 100 peratus buatan tangan itu boleh didapati dalam saiz XS hingga XXXL dengan harga semurah RM3 hingga RM15. — Gambar Bernama

TABUNG buluh hasil tangan Ahmad Saad, 78, pastinya menarik perhatian pengunjung yang berkunjung ke Pasar Karat Kampung Berjaya berhampiran pekan Alor Setar.

Ahmad atau panggilan mesranya Pak Long membuat dan menjual tabung buluh secara aktif sejak lima tahun lepas.

Permintaan untuk tabung buluhnya amat memberangsangkan terutama daripada pembeli di pasar yang terkenal dengan jualan barangan antik ini.

Semuanya bermula apabila saya membuat keputusan menebang beberapa rumpun buluh yang ada di depan rumah saya. Ada lebih 300 batang.

Hendak dibuang begitu saja rasa sayang, jadi saya cuba buat tabung buluh dan menjualnya secara kecil-kecilan.

Waktu itu, saya buat 20 tabung sahaja sekadar mencuba dan suka-suka.

Tak sangka jualan pertama mendapat sambutan yang baik sehinggakan ada yang terus membuat tempahan yang banyak,” kata Ahmad ketika diwawancara baru-baru ini.

Menurut pengusaha gigih ini, jualan tabung buluh di Pasar Karat Kampung Berjaya yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari mampu mencecah sehingga 200 buah.

Kalau tempahan ada kalanya boleh mencapai hingga 300 unit tabung, malah pernah mencecah 1,000 unit seminggu,” katanya.

Tempahan ini adalah daripada orang perseorangan, peniaga dan syarikat.

Lebih menarik, tabung buluh 100 peratus buatan tangan yang dihasilkan Ahmad boleh didapati dalam saiz XS hingga XXXL dengan harga serendah RM3 hing-ga RM15 seunit.

Me-nurut Ahmad, buluh yang men-jadi ba-han utama pem-bua-tan tabung tradisional itu dipe-roleh dari pelbagai tempat sekitar hutan di Kodiang.

Beliau yang juga penjual tunggal tabung buluh di pasar berkenaan menjelaskan bahawa pemilihan jenis buluh untuk membuat tabung amat penting.

BULUH DURI

Ahmad hanya menggunakan buluh duri yang tua kerana ia lebih kuat, tidak mudah retak dan dimakan bubuk.

Tambahan jalur buluh duri lebih menarik selepas dibersihkan.

Untuk memperoleh buluh duri, Ahmad mengupah beberapa kenalannya untuk mencari dan memotong buluh itu mengikut saiz yang ditetapkan.

Bagi proses membersih dan melicinkan buluh, dua isteri saya iaitu Hajama Midin, 60, dan Azizah Hamid, 48, yang melakukannya.

Saya sendiri akan membuat tangkai dan lubang tabung serta menyapu lapisan untuk kemasan.

Dengan kudrat kami bertiga, kami mampu menyiapkan sehingga 100 tabung sehari, “ ujarnya.

Lebih membanggakan, hasil tangan Ahmad kini turut dijual di Terengganu, Kuala Lumpur malah sehingga ke Johor.

Pembeli Nuraina Ismail, 34, berkata, dia memilih tabung buluh itu untuk melatih dua anaknya menabung.

Tabung buluh tradisional ini strukturnya lebih kuat berbanding tabung seramik atau plastik biasa.

Paling penting, anak saya akan lebih berdisiplin dalam menyimpan wang kerana wang yang disimpan hanya boleh dikeluarkan apabila tabung penuh,” katanya.

Sementara itu, Khalid Isa, 44 tahun pula menyifatkan menyimpan wang menggunakan tabung buluh satu cara terbaik baginya untuk mengenang kembali zaman kanak-kanak.

Saya gunakan tabung buluh semasa kecil sebab ia murah, kuat.

Apabila saya lihat tabung buluh buatan Pak Long ini, ia mengingatkan saya kepada nostalgia zaman kecil dahulu di mana kami adik-beradik akan berlumba-lumba tabung siapa yang akan penuh dulu.

Paling seronok, selepas sambutan hari raya.

Kami akan membelah tabung dan berebut-rebut mengira duit yang ada di dalamnya,” kata Khalid.

HASIL LUMAYAN

Industri buluh global dijangka dapat men-jana pen-dapatan sehingga AS$18 bilion pada tahun 2018, dan menawarkan peluang pekerjaan yang besar di seluruh dunia.

Menurut laporan Interna-tional Network for Bamboo and Rattan (INBAR), industri ini menjana pendapatan bernilai AS$11 bilion di seluruh dunia hampir setiap tahun.

Pasaran domestik bagi industri buluh di Malaysia secara puratanya berjumlah RM250,000 setahun manakala jumlah import mencecah RM2 juta setahun dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, produk utama yang dieksport adalah dalam bentuk asas seperti bakul, beg dan kotak perhiasan, pencucuk sate, kayu penyepit serta colok.

Malaysia wajar mengu-rangkan pergantungan terhadap produk buluh import, sebaliknya menghasilkannya sendiri produk itu.

Penggunaan buluh dalam pelbagai sektor harus dipupuk oleh rakyat Malaysia sendiri kerana ia mampu menjana ekonomi negara memandangkan potensi pasaran buluh sangat besar.

Malaysia mempunyai kira-kira 70 spesies buluh dengan 45 daripadanya merupakan spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan asli atau hutan selepas pembalakan.

Berdasarkan anggaran yang dibuat beberapa tahun lepas, 31 peratus buluh didapati di Semenanjung Malaysia, 45 peratus di Sarawak dan 24 peratus di Sabah.

Apabila kita membincangkan tentang pasaran eksport buluh, orang luar akan mempersoalkan jumlah penggunaan buluh di dalam negara dan itulah yang menyebabkan orang kurang percaya terhadap produk buluh Malaysia.

Selain itu, tanggapan bahawa produk buluh berkualiti rendah harus diketepikan berikutan teknologi sedia ada masa ini boleh meningkatkan kualiti produk buluh.

Justeru itu, buluh harus digunakan secara meluas dalam negara dan apabila pasaran negara agak besar, mudah untuk negara memasarkannya ke luar negara.

Apabila sudah ada asas di negara kita, penggiat industri akan masuk, membesarkan dan mengeluarkan produk buluh.

Hari Buluh Sedunia Malaysia dianjurkan pertama kali pada 2012 oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Yayasan Keusahawanan Inovasi Global (GIEF).

Ia merupakan usaha susulan untuk memajukan industri buluh yang terkandung dalam Rangka Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia MTIB yang bermula sejak tahun 2011 hingga 2020.

Hari Buluh Sedunia 2012 bertujuan memperkenal produk-produk buluh dan teknologi baharu yang dihasilkan oleh FRIM, yang membuktikan kayu buluh lebih kuat daripada kayu cengal.

Kita tidak perlu menebang hutan-hutan dalam negara.

Kita hanya perlu menanam buluh dengan terus menggantikan penggunaan kayu cengal dalam negara, dan secara tidak langsung, kita boleh mengeksportnya. — Bernama

__alt__
  • oleh
  • Advertisement