Anda di sini

SME Corp bekerjasama dengan Bursa Malaysia kenal pasti PKS untuk disenarai

Advertisement

KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia sedang bekerjasama dengan Bursa Malaysia untuk mengenal pasti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk disenaraikan di Pasaran PKS yang akan dilancar sama ada pada Jun atau Julai tahun ini.

 Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata,a beberapa syarikat ttelh di kenal pasti dan kini menjalani proses penilaian.

 Pasaran PKS yang dicadangkan itu diharap memudahkan akses kepda pembiyaan pasaran kewangan untuk PKS terbabit bagi meyokong keperluan pembangunan dan kitaran hayat mereka, katanya.

 “Ketika ini kami telah mengenal pasti syarikat empat atau lima bintang (di bawah konsep penarafan daya saing untuk peningkatan). Kami sedang meneliti pangkalan data hampir 600 syarikat yang telah dikenal pasti mempunyai potensi disenarai di Pasaran PKS,” katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Agensinya di sini, semalam.

 Pasaran PKS baharu itu adalah untuk pelabur atau pembiaya ekuiti untuk meneliti pemangkin ini dan mencari jalan memudahkan syarikat terbabit dari segi menyalurkan modal, katanya.

 “Apabila pelabur atau pembiaya ekuiti mengambil syarikat itu, mereka akan meningkatkan tahap permodalan sebelum (syarikat terbabit) disenarai di Pasaran ACE,” tambah beliau.

 Hafsah berkata, akaun PKS akan didedahkan kepada umum dan amalan pengurusan mereka juga akan didedahkan kepada pelabur berpotensi, pembiaya ekuiti serta pelabur.

 Turut hadir pada acara itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

 Mustapa berkata, adalah penting untuk kerajaan memastikan sektor PKS bersedia dan mampu mengekalkan operasi mereka dalam persekitran ekonomi yang mencabar.

 “Sumbangan sektor PKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kini berada pada 36.3 peratus.

 “Apa yang lebih positif ialah kadar pertumbuhan pada 2015 ialah 6.1 peratus dan ini telah melepasi pertumbuhan KDNK keseluruhan negara, iaitu 4.2 peratus,” katanya. — Bernama  

Advertisement