Anda di sini

Sheila Majid ajak peminat menghargai alam sekitar

Advertisement
__alt__

KETERUJAAN terhadap keunikan hutan serta keindahan alam semulajadi telah memberikan inspirasi kepada Datuk Sheila Majid untuk mengadakan showcase di Belum Rainforest Resort pada 29 April depan.

Percutian penyanyi tersebut bersama keluarga di Taiping, Perak penghujung tahun lalu telah memberi kesedaran kepadanya untuk menghargai khazanah alam dan hutan di Malaysia.

Belum Rainforest ialah hutan hujan tertua di dunia dan umurnya 130 juta tahun iaitu lebih tua dari hutan hujan Amazon.

Saya ingin bawa sedikit keprihatinan kepada orang ramai betapa mustahaknya untuk kita menjaga ekosistem dan saya suka dengan Belum Rainforest Resort,” ujarnya kepada Bernama Youth ketika ditemui pada majlis sidang media di Menara Mustapha Kamal baru-baru ini.

Penyanyi itu bakal mendendangkan lagu-lagu hitnya serta beberapa buah lagu daripada album baharunya yang akan dikeluarkan dua minggu sebelum berlangsungnya showcase tersebut.

Sheila Majid Live@Belum Rainforest menawarkan dua pilihan pakej iaitu pakej-pakej untuk dua hari satu malam serta tiga hari dua malam dan hasil jualan tiket ini akan disalurkan ke tabung pemuliharaan hutan ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.belumrainforest.com. Bernama

  • oleh
  • Advertisement