Anda di sini

Dua disabit miliki produk gading haram

Advertisement
 Gambar fail 15 Mei, 2014 menunjukkan seorang jurukamera merakamkan gambar gading gajah yang dirampas sebelum dibakar untuk dimusnahkan di Hong Kong. — Gambar AFP
PRODUK HARAM: Gambar fail 15 Mei, 2014 menunjukkan seorang jurukamera merakamkan gambar gading gajah yang dirampas sebelum dibakar untuk dimusnahkan di Hong Kong. — Gambar AFP

HONG KONG: Sebuah mahkamah di Hong Kong mensabit kesalahan ke atas dua lelaki yang memiliki penyepit gading secara haram selepas pemeriksaan tarikh radiocarbon membuktikan ia dihasilkan selepas 1990 dan oleh itu menyalahi undang-undang, media tempatan melaporkan.

Hong Kong, sebuah hab penting bagi pembuatan dan perdagangan gading, mengumumkan rancangan pada tahun lepas untuk perlahan-lahan mengu-rangkan jualan sepenuhnya menjelang 2021.

Pegawai kerajaan membeli sepasang penyepit gading itu dari sebuah kedai kraf dalam satu operasi pada Ogos lali dalam daerah Sheung Wan di bandar raya itu, yang penuh dengan penjaja antik dan benda kecil yang berharga.

Pemeriksaan tarikh radiocarbon menunjukkan gading itu diperolehi selepas 1990, menurut satu kenyataan akhbar oleh kerajaan.

Kedua-dua tertuduh kelmarin masing-masing dikenakan denda sebanyak AS$770 (RM3,465) dan AS$1,000 (RM4,500).

Ini adalah kali pertama kerajaan Hong Kong menggunakan analisis radiocarbon untuk menentukan usia gading – itu adalah pengubah permainan sepenuhnya dalam pasaran,” kata aktivis hidupan dari kumpulan WildAid, Alex Hofford, kepada AFP.

Sementara kumpulan alam sekitar mengalu-alukan penggunaan bukti forensik, mereka mengecam hukuman ringan yang diberikan, berbanding hukuman maksimum denda AS$640,000 (RM2.88 juta) dan penjara selama dua tahun.

Dagangan domestik dalam gading yang diimport secara sah ke dalam Hong Kong sebelum 1990 adalah sah dengan lesen kerajaan.

Hukuman pada hari ini adalah satu peringatan yang kuat bahawa hukuman di Hong Kong perlu dipertingkatkan untuk mencerminkan dengan lebih baik keseriusan jenayah hidupan liar dan menjadi pencegah yang berkesan untuk menghalang peniaga gading haram daripada menjalankan tindakan yang sama pada masa depan,” Yannick Kuehl dari rangkaian pemantauan dagangan hidupan liar TRAFFIC menyebut dalam satu kenyataan.

Kerajaan China mengumumkan rancangan lewat tahun lepas untuk mengharamkan semua pemprosesan dan dagangan gading menjelang akhir 2017 dalam satu langkah yang dipuji oleh aktivis pemuliharaan.

Pengkritik berkata jadual masa lima tahun oleh Hong Kong untuk mengharamkan jualan adalah terlalu perlahan dan akan mengundang penyeludupan gading ke bandar itu tatkala tanah besar China melangkah ke hadapan dengan larangan itu.

Aktivis pemuliharaan menganggarkan lebih 20,000 ekor gajah telah dibunuh untuk gading mereka pada 2015, dengan jumlah yang sama pada tahun-tahun sebelum itu.

Undang-Undang Dagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), yang berkuat kuasa pada 1975, melarang dagangan gading pada 1989. — AFP

Advertisement