Anda di sini

Warga China dibunuh polis di Paris

Advertisement

BEIJING: China semalam menggesa Perancis untuk melindungi keselamatan dan hak warga negaranya selepas polis di Paris membunuh seorang warga China, yang mencetuskan tunjuk perasaan yang ganas.

Polis Perancis menangkap 35 orang selepas demonstrasi lewat kelmarin oleh masyarakat Asia di ibu negara berhubung pembunuhan itu bertukar ganas.

China menyeru kepada Paris untuk “menjamin keselamatan serta kepentingan dan hak sah warga negara China di Perancis dan menangani reaksi orang China kepada insiden ini dengan cara yang rasional”, kata jurucakap kementerian luar Hua Chunying di satu taklimat media tetap, dan menambah kerajaan sudah memfailkan aduan rasmi berhubung kejadian itu.

Polis Paris berkata kira-kira 150 anggota masyarakat Asia berhimpun lewat kelmarin di luar sebuah balai polis di timur laut ibu negara.

Tiga anggota polis cedera ringan dalam pertelingkahan yang berlaku dan sebuah kenderaan polis dirosakkan oleh alat bakar.

Penunjuk perasaan yang marah membantah keganasan polis setelah soerang anggota polis menembak mati seorang lelaki China pada Ahad malam.

Sumber polis berkata anggota polis dipanggil ke rumah lelaki itu selepas menerima laporan tentang pergaduhan domestik.

Seorang anggota polis menembak lelaki itu setelah diserang dengan pisau, menurut laporan rasmi.

Bagaimanapun keluarga terbabit mempertikaikan versi ini bagi insiden tersebut, dan berkata tiada pergaduhan domestik yang berlaku dan lelaki itu ditembak tanpa amaran selepas seorang jiran menghubungi polis untuk memaklumkan tentang seseorang menjerit. — AFP

Advertisement