Anda di sini

Peugeot dan Proton bincang kemungkinan perkongsian

Advertisement
 Najib (kanan) bersalaman dengan Hollande semasa sidang media bersama sempena kunjungan Presiden Perancis itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
KUNJUNGAN: Najib (kanan) bersalaman dengan Hollande semasa sidang media bersama sempena kunjungan Presiden Perancis itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincan­gan serius dengan syarikat Malaysia, Proton Holdings Bhd mengenai kemungki­nan mewujudkan jalinan perkongsian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ia belum dimuktamadkan lagi namun boleh menjadi satu kemungkinan,” katanya semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra di sini, semalam.

Hollande tiba di Malaysia kelmarin bagi lawatan ne­gara, yang merupakan seba­hagian lawatan pertamanya ke ASEAN, selain ke Singapura dan Indonesia.

Pada Februari, dilaporkan Peugeot telah menyerahkan bidaan untuk membeli pegan­gan dalam Proton.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai pelaburan perdagan­gan dua hala antara Malaysia dan Perancis,b yang bernilai RM15.2 bilion dan Perancis merupakan rakan dagang ke- 18 terbesar bagi Malaysia.

“Perdagangan lebih berpi­hak kepada Perancis meman­dangkan Malaysia membeli sejumlah besar kelengkapan modal setiap tahun seperti kelengkapan kapal terbang, kapal dan berkaitan perta­hanan dan keselamatan,” katanya.

Najib berkata Malaysia mengakui syarikat Perancis memainkan peranan dan mempunyai sumbangan be­sar, dengan 60,000 rakyat Malaysia bekerja dengan sya­rikat berpangkalan di Perancis seperti STMicroelectronics, Lafarge dan Technip di Ma­laysia.

Mengenai kepentingan in­dustri minyak sawit, Najib mengucapkan terima kasih kepada Hollande yang tidak bersetuju terhadap Rang Undang-undang untuk men­genakan cukai ke atas minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata, ia merupa­kan galakan kepada Malay­sia.

Najib berkata, beliau dan Hollande turut berbincang mengenai kepentingan in­dustri minyak sawit, me­mandangkan lebih 600,000 individu bergantung dengan industri itu, dan minyak sawit dibangunkan secara lestari di Malaysia.

“Kami (Malaysia) akan memastikan ia mesra alam dan menjamin pembangunan seimbang di negara ini me­mandangkan ramai yang ber­gantung kepada minyak sawit sebagai sumber kehidupan.

“Kami turut memban­gunkan piawaian Malaysia, dan berharap ia akan diterima oleh Kesatuan Eropah, atau Perancis...dan ia sudah tentu satu sokongan yang besar kepada kami,” katanya.

Tahun lepas, Menteri Pe­rusahaan Perladangan dan Ko­moditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan bahawa Malaysia, pengeluar minyak sawit utama, akan berusaha menyakinkan Perancis supaya tidak menaikkan duti ke atas minyak sawit Malaysia yang ketika ini dikenakan cukai import 21 peratus.

Najib berkata, mesyuarat dua hala itu juga membincang­kan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pemban­gunan modal insan selain isu antarabangsa dan serantau.

“Keseluruhannya, me­syuarat dengan Hollande merupakan satu perbincangan yang berhasil dan saya yakin lawatan beliau sudah pasti akan mengeratkan dan men­gukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada kedua-dua negara,” katanya. — Bernama

Advertisement